Monday, October 3, 2011

Anak Punai, Anak Merbah........


Kenapa rindu aku? Kawan tanya.

Entah. Aku jawab. Boleh kah paksa-paksa nak rindu ke tidak? Aku tambah. Agak skema.



Aku rindu banyak perkara best lately.
Rindu pada kawan-kawan (yang betul2 kawan aku) yang best.
Rindu kat Ipoh & Taiping
Rindu kat makanan yang best.
Rindu pada tempat-tempat best
Rindu kat pengalaman yang best
Rindu juga pada rasa-rasa yang best

Memang betul perkara-perkara best akan buatkan kita rasa rindu. Tapi rasa rindu itu sendiri super duper extremely tak best.

Kalau ada ubat tahan rindu jual kat farmasi,dah lama aku beli. Kalau mahal sekalipun, sanggup hutang bank. Haha.

Dan untuk menjawab persoalan kawan aku kat atas tu, aku rasa mungkin dia juga antara kawan-kawan/makanan/tempat/pengalaman/rasa best yang pernah aku ingat dan alami yang membuatkan dia layak untuk aku rindu.

Entah!

p/s: cover post, my both niece.. Nor Ezyan Sofeya & Nur Ezzah Jasmine. Rindu mereka!!!

Saturday, October 1, 2011

The road not taken. (The road taken)




Pernah kan dalam hidup, korang terlalu inginkan sesuatu, dan bila sesuatu yang korang terlalu inginkan itu diperkenankan Tuhan, Korang mula ragu-ragu dan tertanya-tanya "is this what i really want in my life?"

Have Faith. It's all we (I) need. Jangan sampai jadik kufur nikmat, Jangan terlalu "tawar-menawar" atau "demanding" dengan apa yang sudah Dia "murahkan". Dan jangan terlalu meminta-minta sesuatu yang belum tentu membahagiakan.

Dengan nama Allah, Permudahkanlah perjalanan hidup aku yang bakal aku tempuhi nanti..

Amin.