Friday, September 9, 2011

Blue Hypo-crite!!!!


Penyakit hipokrit dah berjangkit dekat aku. Sekarang, jadi diri sendiri adalah benda paling susah aku nak buat.

Hari tu kami kutuk Si Polan berbakul-bakul. Esok lusa elok je kami duduk semeja dengan Si Polan sambil minum kopi bergelak sakan. Aku yang tengok jadi mual. Hebat sungguh lakonan kami.

Kesian Si Polan.

Aku tak nak tahu apa dosa dia dengan yang lain-lain. Cukup rasanya aku tau dosa dia dengan aku. Tak perlu khabarkan dosa Si Polan dengan yang lain pada aku. Tak perlu tambah dosa aku.

Hipokrit. Perkataan yang paling aku benci dulu dah jadi adunan sebati dalam hidup aku sekarang. Mari, pakai rambut palsu dan jalan keliling dunia sambil tunjukkan ‘fuck’. Mari lihat apa mereka mahu cakap tentang diri kita yang hipokrit.

Akan ada yang kata, “Hoi, hipokrit!”

Balas saja, “FUCK OFF!”

Mudah bukan?
Ramai orang dah laungkan, “Cuba belajar jadi diri sendiri.”
Aku nak laungkan, “Kita perlu hipokrit untuk diterima.”


Fuck off, Eeri. Fuck off!

No comments: