Monday, May 23, 2011

Bukan Tunggul


Sebenarnya, ada beberapa idea nak menulis. Tapi kebanyakannya aku delete pasal kadang kala takot apa yang aku tulis menyinggung mana-mana pihak and sounds macam emo sangat. Tapi bila fikir-fikir balik, ini lah tujuan aku memblog. To express about what I feel and think. And most importantly, to be myself.

Memanglah malu bila baca-baca balik entry yang ada unsur-unsur emo, (which one of the reasons aku delete blog ni dulu), tapi aku pun manusia macam yang lain. Ada lemah, ada kuatnya. Pokok pangkalnya, ada hati dan perasaan juga.

Maka, berpegangkan kepada falsafah peduli apa orang nak kata, or maybe aku akan malu bila 6 tahun kemudian aku baca entry ni, here I present you a short sajak best yang bertajuk "Bukan Tunggul".

Kepada kau,
Kadang kala kau terlupa,
Aku juga punya rasa
Punya hak untuk merasa

Aku bukan kayu
Yang boleh kau tinggalkan
Atas apa yang kau bencikan

Aku bukan kayu
Yang boleh kau hanjengkan
andai nature aku bukan kehendak liking kau.

Kepada kau yang aku panggil sahabat,
Kadang kala kau terlupa
Aku bukannya kayu
Yang tak punya hati dan perasaan.
Untuk terus diam membisu.

Ok, dah lega. Selamat bekerja, semua!!

Tuesday, May 10, 2011

Ikut suka lah!!!!!!!!


Yes. Kalau ada orang paksa kau terima dia as your soulmate, dan kau memang sah-sah takda feelings dekat dia, then speak up and say "NO!". Tak payah lah nak aku-couple-dengan-dia-sebab-kesian-weh, keji betul bunyik dia.
Memang ah kadang-kadang ada orang yang minded bangang cakap dekat kau "Wehh jahat gila kau reject dia terus. Tak kesian ke dekat dia? Dah lama kot aku tengok dia suka kau.". Tapi kalau kau fikir logik ah, memang wajib ke kalau orang tu suka kau, kau pun kena suka dia balik? Another thing, perasaan suka tu macam buih lah weh. Bila-bila masa je boleh pluuupp! hilang. Harini suka, esok menyampah.
Lagikpun, kau nak couple dengan someone tu based on rasa suka or sayang?

Wednesday, May 4, 2011

Entah...



Aku sepatutnya menulis benda lain, tapi entah kenapa kotak memori gagal berfungsi dengan cemerlang ini hari. Puas dah selawat semua, namun masih gagal untuk recall benda yang aku terfikir petang tadi. Betul tak tahan lama ingatan aku ni.

Kadang-kadang aku hairan, kenapa benda-benda palat yang orang buat juga yang mampu aku ingat padahal benda-benda baik (idea untuk menulis pun dikira baik, mungkin??) susah gila nak ingat. Memang lumrah agaknya manusia tend to remember one little shit yang orang buat daripada mengenang seribu kebaikan yang pernah kita curahkan.

Been there, done that. Pernah menjadi pembuat that little shit (tak sengaja), malah pernah jua menjadi pencurah seribu kebaikan (vain giler bunyik. haha).

Pahit, tapi itulah kehidupan. A learning process to be learned.

Oh sedar tak sedar, dalam tiada idea nak menulis hari ni, entry ini pun aku kira sudah jadi satu entry, bukan?

Night!!

Sunday, May 1, 2011

Thanx God...


Kecewa,
Sedikit tanda tanya.

Cuba positif kan diri,
Rasa kecewa datang bila aku bandingkan diri
dengan mereka yang lebih hebat
di luar sana.

Syukurlah, wahai diri.
sekurang-kurangnya masih punya tangan
untuk menadah doa
kepada Tuhan Yang Maha Mendengar
Sesungguhnya Dia lebih Mengetahui.


p/s: hahah.. minggu happy bagi aku.. cuti labour day.. aku balik KB.. ngan akak aku.. sgt heaven rasanya.. jarang sungguh aku dapat peluang mcm nie.. slalunye time raya la aku boleh balik pun... 3 hari kat sini.. rasa mcm x nak balik KL je.. memula sampai je.. relax2 kejap kat umah..after 3 hours relax2.. my friends on twitter ajak lepak.. wenkt.. so, ikut la melepak memalam kat bandar KB.. lepak tepi Sg Kelantan.. harinie plak.. hari shopping.. ade je benda yg mmber aku kirim dr Kl tuh.... such as dodol ngan kopok lekor as usual.. nie kes balik senyap2 nie.. x dek byk sgt org kirim.. klu heboh, sah2 la penuh kete tu aku bawak balik kan.. hahahha..