Sunday, April 3, 2011

What A Wonderful World



Percaya atau tak hukum karma sedang berlaku. Sedang menguasai kehidupan kita. Kita buat kat orang lain, Kelak itu juga yang akan berlaku pada diri kita juga. Kita dahulu berada di atas, Bukan main kita bangga dengan apa yang sedang kita takluki. Tapi itu semua akan berterusan ker? Dalam diam kita sedang menuju kearah kemusnahan yang kita cipta untuk menghancurkan apa yang telah selama hari ini kita usahakan.

Aku mengaku kadang-kadang mudah lupa diri juga. Tapi alhamdulillah, aku masih menyimpan perangai yang sering menjadi masalah orang lain untuk berhubungan dengan aku. Aku simpan perangai ini kerana aku tau tak di semua tempat semua orang akan menerima kita. Jadi, ada baiknya aku menjadi diri aku sendiri untuk orang lain menerima aku seadanya daripada hipokrik dan orang lain akan terkejut dengan sifat kita dikemudian hari.. (pedulikan pada mana org yang x sukakan aku tu... satu je nak cakap.. pegi mampus)

Memang berginilah hidup. Tak semuanya indah berlaka. Dalam hati saya bukan saya rasa gembira mendengar mengenai dia. Aku cuma kesian. sebabnya sayang peluang yang cukup bagus itu di sia-siakan dengan pekara yang bukan-bukan dia lakukan. Muda lagi dia. tapi peluang tu pergi macam tu saja.

Aku dengar mengenai zaman kegigihan dia. Aku dengar zaman kecermelangan dia. Aku lihat dia di depan mata aku. Aku kenal dia. Dia rasa dia bagus jadi aku berhenti mengagumi dia (itu yang sebaiknya bila syok sendiri)

Jadikan ini iktibar. Untuk masa-masa yang akan datang.

Kerana duit kita cepat gelap mata. Kerana kawan segalanya kita bersama. Kerana duit dan kawan juga hidup kita sendiri merana.

Semoga dia berada dalam keadaan baik-baik. Dan semoga dia akan berjumpa peluang yang lagi baik. Dan harap dia akan menghargai peluang itu sebaik mungkin. Amin. :)


*tetibe datang je nak menulis pasal nie time melepak minum teh tarik ngan mmber2 aku kat Pelita KLCC sebentar tdi.. melihat telatah dan kerenah orang ramai yang datang... What A Wonderful World...

1 comment:

Miaki Yamashita said...

life is like an undefine answer....u never know the end result...