Tuesday, April 26, 2011

That's LIFE!!!!


Hidup ni susah ke senang? Senang je rasanya. Cuma ada lima abjad dalam 'hidup'. Budak yang dah pandai mengeja pun tahu apa itu hidup.

Hidup ni mudah.

Kalau lapar, makan.
Kalau bodoh, belajar.
Kalau sakit, makan ubat.
Kalau penat, tidur.
And the list goes on and on.

Mudah bukan?

Jadi untuk kau yang dilahirkan cukup mata, ada hidung, mulut juga dikurniakan wajah yang kacak, tak payah mengeluh banyak sangat. Oh! Dan jangan lupa tentang akal yang Allah kurniakan tu.

Jangan risau tentang beban yang tak sepatutnya menjadi beban. Kadang kala, biarkan saja beban itu berlalu.

Hidup ni, banyak lagi benda boleh buat. Sementara hidup kau ni tengah berjalan lancar, jangan merungut tentang yang bukan - bukan. Kau bukan ada kanser untuk dilawan macam Mak aku.

Hidup ni bukan untuk pikirkan masalah dan selesaikan masalah sepanjang masa. Bukan. So, Pandai-pandailah..


p/s: photo dlm post kali nie sama skali x dek kaitan secara langsung mahupun tidak langsung, just sekadar berkongsi memori yang berlalu pada sabtu lepas... anyway.. Happy birthday...

1 comment:

Pojiepooh Abdullah said...

Nice one babe..
Menyedarkan i yang kuat mengeluh nih

PojiePooh; Hanya Satu...