Thursday, April 28, 2011

Masalah!!!!!!


Susah nak senang. Senang nak susah.

Mana ada benda mudah. Semua susah. Bila susah semua menyampah.Tak nak susah, gantung diri selesai masalah. Akhir nanti, orang lain yang payah. Hidup wajib susah. Wajib ada masalah.

Cukup menyampah dengar orang mengeluh bila ada masalah. Masalah itu perkara mudah. Jangan rantaikan kehidupan dengan beban masalah. Lagi kau fikir, lagi lelah. Senyum. Memang tak boleh selesaikan masalah. Tapi, hidup kau akan lebih mudah.

Masalah sebesar zarah, tapi mengeluh macam gajah.

Menyampah tahu? Menyampah!

Apa guna ada bahu? Pikul saja beban kehidupan itu. Bawa saja ke mana - mana. Tinggalkan bila perlu. Kutip bila mahu pakai. Tak perlu gundah. Bukan kau saja ada masalah. Orang lain, mungkin sedang berperang dengan diri sendiri. Hidup, macam ni lah.


p/s: aku suka pic atas nie.. sebab time nie mmg x plan langsung nak g bergambo.. otherwise, aku time nie baru sampai KL dr KB.. dlm 1 jam sampai umah kat KL, kak gg call ajak makan pecel lele kat Hentian Kajang.. terus aku On je.. sebab x dek benda nak buat..
From left: aku, che ta, lieza & gg... depan Palace of Justice, Putrajaya..

No comments: