Thursday, April 28, 2011

Masalah!!!!!!


Susah nak senang. Senang nak susah.

Mana ada benda mudah. Semua susah. Bila susah semua menyampah.Tak nak susah, gantung diri selesai masalah. Akhir nanti, orang lain yang payah. Hidup wajib susah. Wajib ada masalah.

Cukup menyampah dengar orang mengeluh bila ada masalah. Masalah itu perkara mudah. Jangan rantaikan kehidupan dengan beban masalah. Lagi kau fikir, lagi lelah. Senyum. Memang tak boleh selesaikan masalah. Tapi, hidup kau akan lebih mudah.

Masalah sebesar zarah, tapi mengeluh macam gajah.

Menyampah tahu? Menyampah!

Apa guna ada bahu? Pikul saja beban kehidupan itu. Bawa saja ke mana - mana. Tinggalkan bila perlu. Kutip bila mahu pakai. Tak perlu gundah. Bukan kau saja ada masalah. Orang lain, mungkin sedang berperang dengan diri sendiri. Hidup, macam ni lah.


p/s: aku suka pic atas nie.. sebab time nie mmg x plan langsung nak g bergambo.. otherwise, aku time nie baru sampai KL dr KB.. dlm 1 jam sampai umah kat KL, kak gg call ajak makan pecel lele kat Hentian Kajang.. terus aku On je.. sebab x dek benda nak buat..
From left: aku, che ta, lieza & gg... depan Palace of Justice, Putrajaya..

Tuesday, April 26, 2011

That's LIFE!!!!


Hidup ni susah ke senang? Senang je rasanya. Cuma ada lima abjad dalam 'hidup'. Budak yang dah pandai mengeja pun tahu apa itu hidup.

Hidup ni mudah.

Kalau lapar, makan.
Kalau bodoh, belajar.
Kalau sakit, makan ubat.
Kalau penat, tidur.
And the list goes on and on.

Mudah bukan?

Jadi untuk kau yang dilahirkan cukup mata, ada hidung, mulut juga dikurniakan wajah yang kacak, tak payah mengeluh banyak sangat. Oh! Dan jangan lupa tentang akal yang Allah kurniakan tu.

Jangan risau tentang beban yang tak sepatutnya menjadi beban. Kadang kala, biarkan saja beban itu berlalu.

Hidup ni, banyak lagi benda boleh buat. Sementara hidup kau ni tengah berjalan lancar, jangan merungut tentang yang bukan - bukan. Kau bukan ada kanser untuk dilawan macam Mak aku.

Hidup ni bukan untuk pikirkan masalah dan selesaikan masalah sepanjang masa. Bukan. So, Pandai-pandailah..


p/s: photo dlm post kali nie sama skali x dek kaitan secara langsung mahupun tidak langsung, just sekadar berkongsi memori yang berlalu pada sabtu lepas... anyway.. Happy birthday...

Saturday, April 23, 2011

Yes, i am..


orang kata, kalau nak jadi orang yang successful dalam bidang yang diceburi, kena ada ilmu dan pengalaman. lmu alhamdulillah, tak payah pergi sekolah pasal fashion pon, so far, macam macam yang aku dah dapat melalui pengalaman yang aku timba sejak dua menjak ni. Orang kata lagi, kalau nak jadi hebat, kena pernah buat semua kerja. supaya kita mahir semua kerja. At least bila jadi besar, tak adalah diperbodohkan sebab tak tau apa apa. Bukan la nak giler kuasa ke ape.. tpi just nak amik tau sebab aku nie baru keje 3 bulan.. so far, 2 bulan aku da confirmed.. thanx to my boss.. for trusting on me.. lantak la orang nak cakap ape pun pasal aku.. janji aku x kacau orang..

aku dah pernah jadik org bodoh sebab ikut org amik kunci kat security.. at first x tau ape nak buat coz my clique soh follow dia.. turun naik mcm x dek arah.. sampai aku pun blur x tau nak buat ape.. . maka aku dah tau macam mana perasaan bengang bila kena buat keje dua kali tampa arah tujuan dan arahan yg betol.. atau pun tak lengkap..

aku dah pernah pasang mobile card. maka aku dah tau macam mana susah hati bila pasang mobile card untuk orang, tapi diri sendiri klu jatuh dri tangga tu, mmg patah tulang blakang aku.. so, aku x naek tangga until now sejak aku keje nieh..

aku dah pernah buat keje 2 kali. maka aku dah lali sangat macam mana perasaan kena marah sebab buat kerja dua kali nie macam mana.. so, start haritu, aku buat kerja cara aku, yang mana lebih senang dan cepat... so far, boss pun suka aku punye keje.. hahah...

aku pernah jaga wardrobe. cari baju, accessories bagai. aku dah muak layan karenah orang yang cakap kerja nie senang, tiba tiba last minute kene tukar sebab x matching langsung ngan baju dan sebagainya.. stress woo...

bila aku nak pernah jadi big boss dengan manager pulak niii? dah tak sabar nak pegang tanggungjawab lagi besar dah ni! hahahha... I love my job and fashion!!!! it's all about creativity!!!! ienjoyed my job as well!!!


p/s: i have no idea why some people take a hard and long way than a simple and easier way to complete any tasks that given to us?! It's totally clear the simple and easier way is much better and the result is much more AWESOME that the hard & long way.. right that much stupid and shameful result?! No need to make urself busier with the hard & long way that you take.. think wisely.. never do the same job TWICE?!!!! coz i really hate it.. it's clearly not my style of works... anyway.. thanx for this kind of opportunity.. Alhamdulillah..

Saturday, April 16, 2011

do i REALLY care?!


Semua orang dalam hidup pernah lalu fasa yang kalau boleh tidak mahu dikenang-kenang. Fasa yang sesekali terkenang akan buatkan kauorang berfikir "camne aku boleh buat camtu eh?", "kenape kita x duduk kat Pluto ke, Musytari ke, Utarid ke tak pun kat Bulan?! ... " atau sesuatu seperti "ishh, bodohnya aku masa tu. Malu kalau ingat balik".

Betul, aku juga pernah lalui fasa sedemikian. Memang manusia tiada yang lahir tanpa khilaf yang sendiri. Mungkin atas sebab mahu mencuba, explore or experiencing, atau kerana terlalu mengikut kata jiwa yang meronta, aku pun tak pasti kenapa aku perlu melalui fasa sedemikian.

Orang kata-"Semua orang buat silap, dan hanya orang bijak yang belajar dari kesilapan dulu". Kalau betul apa quote ni kata, I guess I am not so-wise lah.

Sigh.

BUT, if you don't make mistake, you learn nothing new kan?

Senyum balik.

Cuma kalau boleh tak nak ler jadi not so wise selalu dalam setiap learning process for something new each and every day.

p/s: is now ngidam brand new sony compact digital camera... sume nie gara2 menemani my clique aku pegi PC Fair jumaay lepas... adoi!!!!! mau collect duet beli itu camera... forget about my lame DSLR!!! i need BB too...

Wednesday, April 13, 2011

untittled


Today, upon a LRT,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Sunday, April 10, 2011

Der... Lu bikin Gua panas Der!!!!



Assalamualaikum, hye!!! before I get this party started, I would like to apologize to all my non Malaysian readers, (i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry,). This posting is all about the topic only Malaysian is related too... yes I wont be translate to English languages. Since even with i translate too, you still wont be able to understand it.. (i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry) i'm sorry again...

Hek Eleh mamat nieh, bajet giler dok ingat mat salleh baca blog nie.. hahahha.. Dah la tak best, bajet nyewwwwwwww....... OK.. NYEWWWWW?? NYEEWWWW???? Its supposed to be NYA la... bukannya "nyewwwww". Dan inilah posting akan aku cakap dlm post latest aku nieh...

Ada orang panggil bahasa rempit, ade org panggil bahasa "Comey"... *mcm pendek lidah je nak sebut kan.". Ada macam2 nama untuk bahasa nieh.. Tapi, aku panggil bahasa lidah pendek pemalas... Pasal ape?! pasal mana2 ayat yang ada huruf A, diorg akan gantikan ngan huruf baru iaitu huruf "ewww"... *selalunya diorg guna dlm bentuk penulisan Fesbuk, sms, blog, Ym dan sebagainya...* Kenapa agaknya diorg buat macam nieh? Entahla... aku sendiri tak tau.. dan tak faham.. tak mungkin kerana ingin save ruang dlm penulisan.. dan dengan membuat ini, dari "a yg 1 huruf" kepada "ewww yang 3 huruf".. tak save space langsung ok.. membazir ade la... dan ianya sama sekali TIDAK COMEL...

Aku nak tanye korang la... adakah ini comel?! " Aq mencik do cm ni.. ad mber lmew tgu lmew glew.. x aprv2 gk aq!". Sangat tak comel ok!!! Teori aku ialah, orang2 yang menggunakan bahasa nieh, aku agak diorg kehilangan beberapa huruf kat keyboard diorg... so terpaksa la diorg tulis mcm tuh...

Mungkin ada jugak pembaca2 blog aku nieh yang faham kenapa perlunya menulis macam nieh... so please do enlighten me.. bgtau aku ape yang best sgt dok tulis mcm tuh... Mungkin ada gak reader blog aku nie akan cakap mcm nieh " Ehy rilex rr der... asal leh paham ok la der... lu wat kecoh pasal?! " Well... DER.... aku buat kecoh pasal lu malukan bahasa gua... gua seyes tak kisah sgt ngan shortform2 nieh.. Aku pun kkdg2 guna gak.. tapi sampai short mcm tu ape kes?! Kan best klu tulis macam biasa2.. Bukankah Islam mengajar kita hidup dalam kesederhanaan?! Tak perlu la spelling over the top nieh.. Kita try tulis elok2.. jagan dok "eww" "ewww" nie.. K la geng, itu je posting aku kali nieh.. hahaha...



p/s: i hate when somebody sent me an sms with shortform.. sampai aku pening bila membaca.. of coz la x faham terus kan?!

Sunday, April 3, 2011

What A Wonderful World



Percaya atau tak hukum karma sedang berlaku. Sedang menguasai kehidupan kita. Kita buat kat orang lain, Kelak itu juga yang akan berlaku pada diri kita juga. Kita dahulu berada di atas, Bukan main kita bangga dengan apa yang sedang kita takluki. Tapi itu semua akan berterusan ker? Dalam diam kita sedang menuju kearah kemusnahan yang kita cipta untuk menghancurkan apa yang telah selama hari ini kita usahakan.

Aku mengaku kadang-kadang mudah lupa diri juga. Tapi alhamdulillah, aku masih menyimpan perangai yang sering menjadi masalah orang lain untuk berhubungan dengan aku. Aku simpan perangai ini kerana aku tau tak di semua tempat semua orang akan menerima kita. Jadi, ada baiknya aku menjadi diri aku sendiri untuk orang lain menerima aku seadanya daripada hipokrik dan orang lain akan terkejut dengan sifat kita dikemudian hari.. (pedulikan pada mana org yang x sukakan aku tu... satu je nak cakap.. pegi mampus)

Memang berginilah hidup. Tak semuanya indah berlaka. Dalam hati saya bukan saya rasa gembira mendengar mengenai dia. Aku cuma kesian. sebabnya sayang peluang yang cukup bagus itu di sia-siakan dengan pekara yang bukan-bukan dia lakukan. Muda lagi dia. tapi peluang tu pergi macam tu saja.

Aku dengar mengenai zaman kegigihan dia. Aku dengar zaman kecermelangan dia. Aku lihat dia di depan mata aku. Aku kenal dia. Dia rasa dia bagus jadi aku berhenti mengagumi dia (itu yang sebaiknya bila syok sendiri)

Jadikan ini iktibar. Untuk masa-masa yang akan datang.

Kerana duit kita cepat gelap mata. Kerana kawan segalanya kita bersama. Kerana duit dan kawan juga hidup kita sendiri merana.

Semoga dia berada dalam keadaan baik-baik. Dan semoga dia akan berjumpa peluang yang lagi baik. Dan harap dia akan menghargai peluang itu sebaik mungkin. Amin. :)


*tetibe datang je nak menulis pasal nie time melepak minum teh tarik ngan mmber2 aku kat Pelita KLCC sebentar tdi.. melihat telatah dan kerenah orang ramai yang datang... What A Wonderful World...