Sunday, March 27, 2011

Tiada kaitan Earth Hour




Aku mengakui aku membiarkan perasaan dan jiwa ini merindui namun hakikatnya ianya tidak pernah wujud di alam nyata dan aku sering membayangi mereka (ya.. pada mereka yang pernah berkongsi gelak tawa serta tangisan bersama sama). Ada kala buat aku rasa pilu dan sayu terdetik untuk menulis bila dua kali aku mimpi perkara yang sama dan ianya adalah apa yang aku fikirkan selamanya ini.

Pelik bila mengapa baru hari ini mimpi ini datang tatkala Earth Hour malam tadi? sedangkan aku memendam rasa rindu pada bayang mereka itu sudah sekian lama. Apa benda yang aku bayangkan itu susah untuk aku lakarkan tetapi ini adalah makhluk tuhan. Bersih wajahnya dan sepatah kata tak pernah tersebut di bibirnya. Mimpi itu aku di temani beberapa orang manusia yang indah dan tenang hatinya. Aku dan mereka berbalas senyuman tanpa sepatah kata pun. Aku hampiri tempat kami pernah beradu beramai2 ,terus hilang dan aku terjaga.

Lihat dunia nyata betapa hiba dan sayunya hati aku hingga mahu menitiskan air mata ini. Tapi aku sedarkan diri, seperti orang hilang akal mahu menangis tanpa sebab. Tapi bila masa lapang dan tenang seperti ini aku akui, aku benar2 rindu pada diri mereka semua.. Perasaan yang tak pernah hadir secara tiba2 begini, hingga membuatkan aku mahu menitiskan air mata tanpa sebab. Dan bila aku fikirkan semula tentang perlakuannya aku terasa sangat sayang pada mereka semua disana...

Aku buntu sampai ke hari ini siapa mereka itu? Sungguh aku sayang dan rindu serindunya... Kalau benar kata sahabat ku tentang bunian baiklah tuhan jadikan sebaik - baik kejadiannya. Aku bersyukur dan bangga dengan maha pencipta yang memberi sesuatu yang indah pada diri ku walaupun sekejap..biarlah apa pun dia, asalkan dia juga dari maha pencipta dan beriman pada tuhan. Janganlah mimpi ini memberi alamat atau petanda tidak baik dalam hidup ku, kerana aku tidak akan rasa mahu menangis tanpa sesuatu sebab...

Tapi ini aku tewas~ hanya tewas dengan sebuah mimpi...semoga pertemuan aku dan dia memberi satu kebaikan dan mendekatkan lagi aku pada yang maha esa..amin~


p/s: sesuatu yang tidak sama skali aku jangkakan.. ya.. mungkin mereka juga merasakan perasaan yang sama... lebih tepat lagi akan ayat ini "lepas jugak rindu kat adik akak sowang nieh" entah brapa benar akan ayat itu?! hanya Tuhan yang mengetahui isi hati mereka itu.. hanya itu saja yang mampu membuatkan aku tersenyum pada ketika ini buat seketika.. *wink..wink...* Life is Short.. Enjoy!!!

No comments: