Friday, March 11, 2011

Senyap Sunyi




rasanya aku perlu berehat untuk dari semua pekara ni. dalam otak aku, banyak benda yang perlu aku fikir. aku sekarang ni dalam dilema untuk memilih jalan mana yang akan aku pilih nanti....

aku tak perlukan rumah, tetapi perlu ruang yang sesuai untuk aku melakukan kerja yg aku suka.... pada waktu ini tempat yang aku diami ini tidaklah berapa sesuai untuk aku. mungkin kerana ruangnya yang begitu sempit untuk aku lakukan macam-macam pekara dalam satu masa.

dalam masa yang sama aku rasa sunyi. ada banyak sebab yang membuatkan aku rasa sebegini. bukan aku orang yang tidak punya kawan, tapi kadang-kadang apa yang aku lalui banyak aku berhadapan dengan sorang diri. rasanya sunyi itulah teman rapat aku. kerana apabila saat seperti ini berlaku, aku semakin matang. aku mula hidup berdikari tanpa bantuan siapa-siapa dalam hidup aku.

waktu-waktu aku berdamping bersama kawan-kawan & keluarga yang menjaga aku dah pun berakhir. tapi mungkin untuk saat ini mulanya akan aku lalui sukar, tapi aku akan bisakan diri nanti.

1 comment:

Adie Waridi said...

jgn bersedih...semuaorg melalui fasa itu...bukan takde kawan tapi kita sendiri akan lalaui kepayahan hidup seorng diri..memng seronok kalau ada yg sudi bersama ketika suah senang kan...adie kan ada...as ur frined...apa2 leh bgtau adie