Tuesday, March 22, 2011

Orang KITA!!!!


beberapa bulan lepas, aku pergi satu volunteering program kat Sg Wang sempena Hari AIDS. entahlah, habis dari kelas tu aku rasa sakit hati. sampai ke mimpi aku terbayangkan muka dia. aku benci dia! patutlah wujudnya pepatah "don't judge a book by its cover".

benda ini memang aku ada kaitan dengan aku sendiri. dan berkait juga dengan orang lain. apa yang aku lihat, dia sepertinya baik hati, mengambil kisah mengenai orang lain, penyayang tapi apa yang berlaku cukup dah memaparkan siapa dia sebenarnya. mungkin aku tak tahu latar belakang dia, tapi dengan apa yang dia lakukan, dia gerakkan, dia cakapkan, sudah cukup buat aku faham mengenai kewujudan manusia seperti ini. sayang sungguh!

janganlah rasa selesa bila dah ada kat atas sana. dia naik pun atas 'kelemahan & kelebihan' orang lain. makcik jual kerepek pun kau kata dia menjual secara paksa bila dia datang ke meja. kalau tak nak beli cakap tak nak. tak payah kau cakap dalam bahasa lain untuk cakap kat orang lain pasal makcik ni jual kerepek secara paksa. pastu kau boleh cakap sambil senyum ke arah makcik tu.

aku tak rasa makcik tu jual secara paksa. dia letakkan kerepek tu atas meja sahaja, dan kalau tak nak tak apa. makcik tu boleh simpan balik. kesian makcik tu. kalau dia tahu mesti dia terasa dengan kau. kau dah la manusia sebahagian daripada orang yang membela nasib orang yang tidak bernasib baik, tapi kau jugaklah yang memandang sebelah mata kepada golongan yang macam ni. melayu buli melayu. itulah kerenah orang kita...

masa makcik tu datang, aku dapat lihat mukanya yang lesu. dan cuba menyorokkan rasa malunya untuk pergi meja ke meja untuk menjual kerepek. aku melihat dia seperti arwah nenek saya. kecil. dan dia merasakan dirinya begitu kecil sangat apabila berada di satu tempat yang didatangai oleh orang-orang yang tinggi profilenya. kesian dia. entah apa yang berlaku dengan kehidupan dia, anak-anak dia dan suami dia.

aku tahu perasaan itu bila aku berhadapan dengan orang yang merasakan diri mereka lagi bagus dari mereka. aku dah jumpa banyak orang yang macam ini. kalau nak beli beli, kalau tak nak beli, cakap tak nak. habis cerita.

jangan fikir orang macam ini tiada hak untuk hidup selesa dan masa depan yang cerah. Aku setiap hari akan memikirkan jalan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga aku.

mungkin ada yang lebih teruk pernah orang lain lalui. tapi bila kita berada di satu tahap yang selesa, janganlah kita memandang orang lain sebelah mata. sudah satu tanggungjawap kita sebagai manusia saling bantu membantu antara satu sama lain. bukannya menghina kekurangan orang lain yang tak ada pada kita.

semoga kita akan menjadi manusia yang sentiasa sedar dengan kewujudan orang lain.


No comments: