Sunday, March 27, 2011

I Love my Job!!!!!


Aku beruntung dapat kerja bahagian creative department buat design and display. Pendek kata semua pasal Advertising.. ye ke pasal advertising?! Agaknya la kot.. Macam macam dapat aku belajar, and it's All about Fashion. Kiranya aku nie da macam Anne Hathaway la dlm "The Devil Wears Prada". Cuma aku x chanteq macam dia je.. hahaha... Ramai orang berebut nak dapatkan spot aku.

Tapi buat masa nie, semua cuma dapat buat display je. Aku harap sangat aku dapat join untuk photoshoot for every new season, campaign and event yg company aku buat... Sure gempak kan.. dengan wardrobe, cameraman, models, lightings.... yea.. macam photoshoot modelling tu.. Aku da boleh bayangkan ke"busy"an aku time tu bila buat photoshoot...

Aku untung betul dapat join department ni. Aku kena reti bersyukur sikit. Kena motivate diri supaya tak malas bangun pagi dan pergi kerja. Come on eerii! Untung untung dapat jadi Sr executive VP sikit hari lagi. Pastu jadi A&P VP Manager. baru gempak! Itu pun Kalau aku perform dalam keje and be more creative with it...

Esok, aku da start busy untuk new campaign.. Perfect Harmony.. so, pagi esok je da kene start carik accessories, baju2 ngan high heels yang kena ngan theme yang da tetap tuh... What a busy week for me...

(entry ini adalah entry motivation diri sendiri yang dah tak ada motivation pergi kerja sebab Lisa Surihani tak jadi berlakon dalam LBS2)

Tiada kaitan Earth Hour




Aku mengakui aku membiarkan perasaan dan jiwa ini merindui namun hakikatnya ianya tidak pernah wujud di alam nyata dan aku sering membayangi mereka (ya.. pada mereka yang pernah berkongsi gelak tawa serta tangisan bersama sama). Ada kala buat aku rasa pilu dan sayu terdetik untuk menulis bila dua kali aku mimpi perkara yang sama dan ianya adalah apa yang aku fikirkan selamanya ini.

Pelik bila mengapa baru hari ini mimpi ini datang tatkala Earth Hour malam tadi? sedangkan aku memendam rasa rindu pada bayang mereka itu sudah sekian lama. Apa benda yang aku bayangkan itu susah untuk aku lakarkan tetapi ini adalah makhluk tuhan. Bersih wajahnya dan sepatah kata tak pernah tersebut di bibirnya. Mimpi itu aku di temani beberapa orang manusia yang indah dan tenang hatinya. Aku dan mereka berbalas senyuman tanpa sepatah kata pun. Aku hampiri tempat kami pernah beradu beramai2 ,terus hilang dan aku terjaga.

Lihat dunia nyata betapa hiba dan sayunya hati aku hingga mahu menitiskan air mata ini. Tapi aku sedarkan diri, seperti orang hilang akal mahu menangis tanpa sebab. Tapi bila masa lapang dan tenang seperti ini aku akui, aku benar2 rindu pada diri mereka semua.. Perasaan yang tak pernah hadir secara tiba2 begini, hingga membuatkan aku mahu menitiskan air mata tanpa sebab. Dan bila aku fikirkan semula tentang perlakuannya aku terasa sangat sayang pada mereka semua disana...

Aku buntu sampai ke hari ini siapa mereka itu? Sungguh aku sayang dan rindu serindunya... Kalau benar kata sahabat ku tentang bunian baiklah tuhan jadikan sebaik - baik kejadiannya. Aku bersyukur dan bangga dengan maha pencipta yang memberi sesuatu yang indah pada diri ku walaupun sekejap..biarlah apa pun dia, asalkan dia juga dari maha pencipta dan beriman pada tuhan. Janganlah mimpi ini memberi alamat atau petanda tidak baik dalam hidup ku, kerana aku tidak akan rasa mahu menangis tanpa sesuatu sebab...

Tapi ini aku tewas~ hanya tewas dengan sebuah mimpi...semoga pertemuan aku dan dia memberi satu kebaikan dan mendekatkan lagi aku pada yang maha esa..amin~


p/s: sesuatu yang tidak sama skali aku jangkakan.. ya.. mungkin mereka juga merasakan perasaan yang sama... lebih tepat lagi akan ayat ini "lepas jugak rindu kat adik akak sowang nieh" entah brapa benar akan ayat itu?! hanya Tuhan yang mengetahui isi hati mereka itu.. hanya itu saja yang mampu membuatkan aku tersenyum pada ketika ini buat seketika.. *wink..wink...* Life is Short.. Enjoy!!!

Tuesday, March 22, 2011

Orang KITA!!!!


beberapa bulan lepas, aku pergi satu volunteering program kat Sg Wang sempena Hari AIDS. entahlah, habis dari kelas tu aku rasa sakit hati. sampai ke mimpi aku terbayangkan muka dia. aku benci dia! patutlah wujudnya pepatah "don't judge a book by its cover".

benda ini memang aku ada kaitan dengan aku sendiri. dan berkait juga dengan orang lain. apa yang aku lihat, dia sepertinya baik hati, mengambil kisah mengenai orang lain, penyayang tapi apa yang berlaku cukup dah memaparkan siapa dia sebenarnya. mungkin aku tak tahu latar belakang dia, tapi dengan apa yang dia lakukan, dia gerakkan, dia cakapkan, sudah cukup buat aku faham mengenai kewujudan manusia seperti ini. sayang sungguh!

janganlah rasa selesa bila dah ada kat atas sana. dia naik pun atas 'kelemahan & kelebihan' orang lain. makcik jual kerepek pun kau kata dia menjual secara paksa bila dia datang ke meja. kalau tak nak beli cakap tak nak. tak payah kau cakap dalam bahasa lain untuk cakap kat orang lain pasal makcik ni jual kerepek secara paksa. pastu kau boleh cakap sambil senyum ke arah makcik tu.

aku tak rasa makcik tu jual secara paksa. dia letakkan kerepek tu atas meja sahaja, dan kalau tak nak tak apa. makcik tu boleh simpan balik. kesian makcik tu. kalau dia tahu mesti dia terasa dengan kau. kau dah la manusia sebahagian daripada orang yang membela nasib orang yang tidak bernasib baik, tapi kau jugaklah yang memandang sebelah mata kepada golongan yang macam ni. melayu buli melayu. itulah kerenah orang kita...

masa makcik tu datang, aku dapat lihat mukanya yang lesu. dan cuba menyorokkan rasa malunya untuk pergi meja ke meja untuk menjual kerepek. aku melihat dia seperti arwah nenek saya. kecil. dan dia merasakan dirinya begitu kecil sangat apabila berada di satu tempat yang didatangai oleh orang-orang yang tinggi profilenya. kesian dia. entah apa yang berlaku dengan kehidupan dia, anak-anak dia dan suami dia.

aku tahu perasaan itu bila aku berhadapan dengan orang yang merasakan diri mereka lagi bagus dari mereka. aku dah jumpa banyak orang yang macam ini. kalau nak beli beli, kalau tak nak beli, cakap tak nak. habis cerita.

jangan fikir orang macam ini tiada hak untuk hidup selesa dan masa depan yang cerah. Aku setiap hari akan memikirkan jalan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga aku.

mungkin ada yang lebih teruk pernah orang lain lalui. tapi bila kita berada di satu tahap yang selesa, janganlah kita memandang orang lain sebelah mata. sudah satu tanggungjawap kita sebagai manusia saling bantu membantu antara satu sama lain. bukannya menghina kekurangan orang lain yang tak ada pada kita.

semoga kita akan menjadi manusia yang sentiasa sedar dengan kewujudan orang lain.


Sunday, March 13, 2011

Fast Fun Facts about me....



maka mari tulis sikit tentang aku untuk buat hilangkan rasa busan...

1) seorang pendengar yang bagus. tapi aku jenis tak pandang mata orang yang bercakap, aku akan buat buat macam tak dengar, tapi aku dengar penuh tajam. tak percaya, tanya kawan kawan aku.

2) kalau aku ada kamera, sila jauhi aku. sebab macam macam yang aku boleh buat dengan kamera tu.

3) pemalu kalau tak biasa dengan orang. tapi kalau dah biasa, paling muka tembok.

4) seorang yang senang dibuat berkawan. kalau kau pernah lepak makan satu meja dengan aku, terus kau dianggap sebagai kawan aku. dan dengan pantas klu lepas balik makan tuh... aku carik korang dlm fesbuk.. dan terus tekan ADD AS FRIENDS...

5) 186 cm dan 70 kg ketika artikel ini ditulis. (bru hilang 2kg time demam 3 hari lepas)

6) kuat merajuk, x pandai memujuk,

7) Chocolate for me is the best theraphy.. klu aku bad mood.. mmg aku carik chocolate la...

8) kaki jalang.. oppss... kaki jalan... pernah backpacking satu semenanjung Malaysia sorg2... time 2006 dulu... yg best.. every year aku g pulau2 kat malaysia nie since 2005... tempat paling rilex dan tenang bagi aku...

9) seorang yang paling annoying. kalau lepak dengan aku, bila aku dah sumpah paling mengantuk/penat, aku akan jadi super annoying. korang kena layan aku sampai korang rasa menyampah nak layan aku. aku mungkin akan memulakan bermacam macam jenis permainan. dan korang kena layan aku. kalau tidak, aku main sorang. lagi annoying nak mampus. tpi slalunya aku akan merapu pk benda yg x masuk akal mcm "kat mana nak beli helikopter erk" atau pun "kenapa pompuan perlukan handbag yg branded yg perlu di isi kedalamnya seperti wallet, make-up, dan benda2 lain la yg pompuan simpan dlm tuh ?! padahal sume beg sama je fungsi untuk menyimpang barang.."

10) paling suka makan!!!! bahagia rasa bila dapat makan.. makan untuk isi masa lapang.. tpi badan aku x naik2 jugak!!!

11) twitter-freak and fesbuk-freak. apa je yang jadi, benda kecik kecik pon, aku akan tweet @ letak kat fesbuk. kalau rasa taknak dimalukan, cepat cepat cakap dekat aku, jangan tweet. aku masih bertolak ansur dan hormat terhadap maruah orang lain. walaupun ada org memburukkan aku.. mcm past few week.. org tu still ckp pasal aku.. yes.. aku lari dari rumah kau tu sebab aku x tahan mulut ko yg mcm celaka tuh.. jgn ingat org lain x dek hati da perasaan... otherwise, stakat MINTA MAAF secara TERBUKA kat FESBUK tu doesn't mean anything if you humiliating me in front others .. Dulu cakap x puas hati, face to face.. tpi ko sendiri buat mcm tuh?! cakap x serupa bikin... bodoh punya org...

12) x suka main bola sepak.. tpi pernah score 2 gol time Pendidikan Jasmani time skolah menengah kat Taiping dulu.. (have no option bcoz i skolah budak2 laki) tpi suka maen futsal... ala2 Fazura dlm Gol & Gincu gitew.. hahaha

13) lebih selesa pakai sandal.... coz kasut @ snickers itu akan menyusahkan aku je... nak2 plak dlm toilet... still setia ngan sandal Clarks aku yg dibeli 3 tahun lepas.... Menjaga dgn baek ok....

14) paling suka tiru pose2 america next top model bila bergambar... hahahahha... kkdg2 ade je yg makan hati tgk pic2 aku.. hahaha.. i just enjoying my life ok!!! x kisah org nak ckp ape pun!!!

Saturday, March 12, 2011

Resignation Letter.... Again!!!!


Pangeran Muda Eeri Jeremiah
Taman Keramat Permai
54200, Kuala Lumpur
eeri.hilfiger@gmail.com

12hb mac 2011

general manager,
cupid satu dunia,
planet bumi.

notis 24 jam berhenti kerja jadi cupid part time.

berhubung perkara di atas, saya dengan ini menamatkan perkhidmatan saya dalam bidang menembak panah busur berkuatkuasa esok, 13hb mac 2011.

2 - sebab saya meletakkan jawatan saya sebagai world class cupid adalah kerana saya mendapati kerja ini membawa "bad luck" kepada diri saya sendiri. duk kenenkan orang lain, saya sendiri tak laku. mana pernah ada dalam sejarah lagipon yang cupid bercinta. ye tak?

3 - saya meletak jawatan dengan rekod agak baik, setelah menembak sebanyak lima atau lebih pasangan bercinta dimana tiga atau lebih pasangan sedang masih hangat bercinta ketika ini.

4 - saya harap pihak tuan/puan dapat mencari pengganti saya secepat mungkin, dan meja saya sudah pon dikosongkan awal pagi tadi. diharap sebaik saja pihak tuan/puan menerima perletakkan jawatan saya ini, "bad luck" saya boleh pergi mampus.

yang benar,
Pangeran Raden Eeri Jeremiah

Friday, March 11, 2011

Senyap Sunyi




rasanya aku perlu berehat untuk dari semua pekara ni. dalam otak aku, banyak benda yang perlu aku fikir. aku sekarang ni dalam dilema untuk memilih jalan mana yang akan aku pilih nanti....

aku tak perlukan rumah, tetapi perlu ruang yang sesuai untuk aku melakukan kerja yg aku suka.... pada waktu ini tempat yang aku diami ini tidaklah berapa sesuai untuk aku. mungkin kerana ruangnya yang begitu sempit untuk aku lakukan macam-macam pekara dalam satu masa.

dalam masa yang sama aku rasa sunyi. ada banyak sebab yang membuatkan aku rasa sebegini. bukan aku orang yang tidak punya kawan, tapi kadang-kadang apa yang aku lalui banyak aku berhadapan dengan sorang diri. rasanya sunyi itulah teman rapat aku. kerana apabila saat seperti ini berlaku, aku semakin matang. aku mula hidup berdikari tanpa bantuan siapa-siapa dalam hidup aku.

waktu-waktu aku berdamping bersama kawan-kawan & keluarga yang menjaga aku dah pun berakhir. tapi mungkin untuk saat ini mulanya akan aku lalui sukar, tapi aku akan bisakan diri nanti.

Thursday, March 3, 2011

Loneliness





I run to the forest then I sing
I run to the beach and shout out loud
It is so quiet
I hate being quiet and alone
I want to be noisy
I want to be at a market
I'm bored with being tired
I want to get rid of you, darkness
I feel covered with soot if I'm alone
Just break the glass to make a noise!
Let them howl, until there is a tumult!

Oh... I can see a spider weaving a striped spider's web
On the wall of a white palace
Why not just swing the bell,
until it winces!
Or...
Should I run to the forest,
Turn to the beach...?