Sunday, February 27, 2011

Jangan Salahkan DIA....



Bila kita berdoa dan meminta bantuan dari Tuhan, korang rasa Tuhan tuh dengar atau tidak..? of kos la dia akan mendengar setiap doa dan permintaan kita ..kan?

Tengok la korang mintak apa.Kalau korang mintak benda pelik2, mesti lah tak dapat ..kot..?Yang penting Tuhan menjawab setiap permintaan kita dalam cara yang kita tak sedar...

Contoh :

Kita minta rezeki lebih dari Tuhan untuk keta BMW tapi setelah penat bekerja/berusaha kita hanya mampu beli Lamborghini jer..eh silap! Proton jer.Sebenarnya Tuhan tuh dah tengok dan tau, walau pun dia bagi kita kereta Proton instead of BMW idaman kita, Dia tahu yang walau pun Dia bagi gak rezeki sebuah kita BMW, tapi dia tahu yang kita tak kan mampu nak tanggung maintainance dia atau bayar bulan2 keta tuh.Contoh la kan ...

Contoh lain:

Korang doa minta RM1 juta, Tuhan tuh jawab korang permintaan kita.Tapi dia tak bagi la sekepuk RM 1 juta kan.Dia bagi dalam ansuran lah tengok kadar usaha korang untuk dapatkan RM 1 juta tuh.Kalau duduk bersila jer pastuh mintak RM 1 juta, memang tak dapek la.Mungkin dalam 20 tahun bila korang kira kira balik, sebenarnya korang dah dapat dah pun RM 1 juta tuh cuma korang jer tak sedar.

Pinjam ayat dalam citer Evan Almighty "When you asked God for courage.Does HE give you the courage or give you the chance to be courageous..?"

So sebenarnya Tuhan tuh jawab setiap doa kita in a way that kita tak pernah realize, Tuhan tak pernah lupakan kita cuma kita jer yang terlupa untuk bersyukur kepada Nya.

Alhamdulillah....

Sunday, February 13, 2011

Obsessed - Mariah Carey


beberapa hari yang lepas, ada orang e-mail dan bertanyakan satu soalan kepada aku
"kenapa blog ko asyik tulis pasal diri ko jer? ko obses dengan diri ko sendiri yer?"
ok, soalan tu dah banyak kali di tanyakan kepada aku dalam susunan ayat yang berlainan oleh orang-orang yang berasingan.

aku ada 59 followers maknanya blog aku ni tak glamer pun. tapi aku tahu aku punya banyak stalker yang asyik datang blog aku. haha sama ada yang pembenci aku mahupun peminat rahsia aku. :P

aku bukanlah obses dengan diri aku, cuma mahu berkongsi apa yang ada dalam hati aku. aku lebih ingin berkongsi perasaan aku kepada orang lain. tidak kisahlah kalau tak ada orang yang nak baca pun, tapi sekurang-kurangnya aku rasa puas untuk meluahkan apa yang aku rasa.

aku rasa aku lebih jujur dalam menulis berbanding bercakap. kerana pada setiap apa yang aku tulis, aku akan cuba menyusun sebaik mungkin pada setiap perkataan yang ingin aku tuliskan, dan setiap apa yang aku tulis adalah kata-kata yang tersusun dari hati aku. dan bukan yang selama ini orang salah anggap tentang apa yang aku tuliskan sebelum ini.

aku adalah orang yang buruk komunikasinya. orang akan rasa aku kampung. sebab loghat saya akan terkeluar (dan hanya jika bertemu orang yang berkenaan yang mempunyai loghat masing2) bukan aku malu mengakui mana asal usul aku, tapi aku akan kedengaran bising apabila berkata-kata. percayalah. semua orang yang mengenali aku mengakui pekara ini. aku rasa ada baiknya pekara yang datang dari hati aku ini akan dikongsikan di sini.

sebentar tadi aku rajin stalker blog-blog yang tak pernah aku stalker. rupanya ada manusia yang hebat wujud dalam malaysia ni. semuanya anak-anak muda yang sebaya dengan aku. bukan nak kata aku hebat, cuma aku tidak tahu kewujudan mereka ni. jadi dengan mengetahui keberadaan mereka di kalangan industri ni, aku akan motivasikan diri aku untuk jadi lebih bagus dari mereka. insya'allah. bukan dengki okey.

aku akan lebih mengawal diri aku apabila di khalayak umum agar kelihatan normal. haha. aku sebenarnya seronok dengan siapa diri aku sebenarnya, tapi untuk masa depan aku, sampai bila aku perlu berperangai macam ni kan. dari tu, jadilah manusia yang normal. :D

p/s: ok sekarang ni aku ada beberapa projek kerja yang sedang aku usahakan ditempat kerja yang baru... aku perlukan something can 'wow" to my boss that i have a talent as he said earlier. yea aku perlu buktikan siapa aku untuk satu mega projek dan ada beberapa projek yang akan aku terlibat. buat masa ini tak ada lagi yang berkaitan seperti sebelum ini, dan kebanyakkannya lebih kepada presentation digital art dan segala yang berkaitan tentang ART!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 4, 2011

Chris Medina




Chris Medina,
Inilah manusia.
Sejati.

Kalau kau tanya aku,
"Kau lelaki jenis apa?",
Aku akan jawab,
"Aku bukan macam Chris Medina".

Aku bukan jenis yang setia,
Aku bukan jenis yang sabar,
Aku bukan jenis yang korang semua harapkan.
Aku bukan Chris Medina.

I am born to be a loner, not a lover.
Yes, i am a loser.

"What kind of guy would i be if i walked out when she needed me the most,"
Chris Medina