Wednesday, January 5, 2011

Aku?!

dua malam sebelum ini adalah hari sosial tanpa kawan-kawan. memang agak ganjil apabila aku berkeliaran sorang-sorang di tengah-tengah kuala lumpur. mungkin inilah hari yang paling normal dan biasa pernah aku lalui. tanpa apa-apa yang menarik.

dah lama aku tak rasa seperti ni. kadang-kadang adanya saat seperti ni kita akan tahu betapa sunyinya kehidupan kita nanti. apabila semua orang tidak mempedulikan kita lagi. antaranya apabila di alam kubur. pada waktu itu tiada apa yang begitu taat dan setia dengan kita melainkan amalan kita.

ada baiknya aku buat satu keputusan itu dahulu. adakalanya aku faham apa yang terjadi dengan aku sebenarnya. aku bersyukur kerana melalui pekara-pekara yang banyak menyedarkan aku tentang setiap apa yang aku lakukan.

begitu kecik aku rasakan berbanding orang-orang lain. terasa hina sungguh diri aku apabila melihat ke arah ciptaan-ciptaanya.

aku masih lagi mencari.

5 comments:

i'm shin... i'm inesen said...
This comment has been removed by the author.
i'm shin... i'm inesen said...

syabas kerana sedar!!

nas said...

kini abg nas merasa sprt eeri rasa...sgt perit dikala ksunyian..

Eskapisminda said...

I love lone-walks. The best time to think clearly. :)

darkbatman said...

insaf jap.. hehee.. blog kamu best.. :)