Wednesday, January 5, 2011

Aku?!

dua malam sebelum ini adalah hari sosial tanpa kawan-kawan. memang agak ganjil apabila aku berkeliaran sorang-sorang di tengah-tengah kuala lumpur. mungkin inilah hari yang paling normal dan biasa pernah aku lalui. tanpa apa-apa yang menarik.

dah lama aku tak rasa seperti ni. kadang-kadang adanya saat seperti ni kita akan tahu betapa sunyinya kehidupan kita nanti. apabila semua orang tidak mempedulikan kita lagi. antaranya apabila di alam kubur. pada waktu itu tiada apa yang begitu taat dan setia dengan kita melainkan amalan kita.

ada baiknya aku buat satu keputusan itu dahulu. adakalanya aku faham apa yang terjadi dengan aku sebenarnya. aku bersyukur kerana melalui pekara-pekara yang banyak menyedarkan aku tentang setiap apa yang aku lakukan.

begitu kecik aku rasakan berbanding orang-orang lain. terasa hina sungguh diri aku apabila melihat ke arah ciptaan-ciptaanya.

aku masih lagi mencari.

Saturday, January 1, 2011

2 0 1 0



Inilah entry terawal untuk tahun 2011 ni.
Banyak pekara yang telah aku lalui sepanjang tahun ni.
Banyak sangat.
Blog ni tempat aku luahkan segalanya yang saya simpan dalam hati.
Jatuh bangun aku semuanya ada kat sini.
Tak ada yang begitu setia melainkan blog ini.

Bila di ingatkan balik,
Tahun 2010 buat aku adalah permulaan sebenar
Fasa baru Kehidupan aku.
Aku mula kenal dunia.
Aku mula jumpa manusia-manusia
Yang telah mak bapak aku cakapkan dulu.
Aku mula tahu betapa payahnya mencari duit sendiri
Dengan banyak dugaan di luar jangkaan.

for 2010 memories banyak sangat. let's see if iI can remember that's memories.

+1st time jumpa my Facebook friends, banyak borak kat Facebook before, which is Kak Intan yang sempoi (bagi Snickers pada aku), 2nd time utk Kak Manis yang diva. Both of them aku jumpa kat program Vounteering utk Hari AIDS Sedunia 2010 and take photo with both of them... such a lovely sister are they!!!

+unexpected news, my own friends... closed friends... mungkin namanya tak perlu disebutkan atas menjaga sensitiviti dia yang mana dia menghidap AIDS... i still can't believe until today. until i joined programmed thats all about AIDS... coz aku rasa aku nak tolong bagi semangat kepada dia sebanyak yang aku mampu. anyway, if u read on this post... seriously, aku memang sayang akan kamu wahai kawan, sahabat, handai mahupun abangku. no matter what happen... i really care about you actually even kita sekarang agak "jauh" pada waktu ini.

+1st time dapat freelance job which is as a wedding photograper to my clique kat office, Yanie & Abu kat Alor Star. thanx to both of them because supporting me.

+berat badan aku naik secara mendadak hinggakan suatu pagi sebelum ke pejabat, "slack" keje aku x muat buat pertama kalinya selepas 3 tahun "slack" itu setia berkhidmat bersama aku. 3 pairs ok!!! owh yea... ramai gak yang tegur aku termasuk family aku... "ang da gemuk" "pipi ko da naik la eeri" "ini bukan Heidi Klum Keramat yang aku kenal dulu"... sedeh ok!!!

+dengan "gamble"nya aku keluar berpiknik dan makan durian bersama gg, kak yam, lieza, emy, ain, usezack and amer kat Sg Sendat, Batang Kali yang mana hari itu merupakan pertama kali aku berjumpa dengan mereka yang sebelum itu aku hanya berbicara melalui atas talian.. iya.. didunia maya. mereka semua memang rawks!!!! terasa diri aku nie sudah lama mengenali akan mereka semua. *aku tengok sja mereka makan durian"

+rasa tenang yang teramat pabila menjejakkan kaki di Pulau Lang Tengah... tiada tempat yang mendamaikan bagi aku selain bunyi pantai....

Semuanya datang dan pergi
Tak ada yang kekal pun
Melainkan kenangan untuk kita
Menilai diri kita.
Dan untuk kita ketawa dan menangis
Kembali. Itu sahaja.

Selamat tahun baru.


p/s: gelak besar tahun ni sebab aku tak berapa nak ingat memori untuk 2010. makan semut banyak aganya. Hopefully for year 2011, i wish i can get something special which is i can remember.