Saturday, December 31, 2011

2011 last entry




Salam, da lama rasanya aku tak update blog nie.. bersawang gak la.. one of the reason why i'm not updating my blog is kena outstation in few Asian countries. Hari nie aku gigihkan diri utk update gak blog aku nie.. asal nak update je, MALAS menguasai diri..

2011, banyak benda yang berlaku atas diri aku nie.. macam2 la yang aku faced.. dari sekecil2 zarah hingga ke sebesar2 masalah yang aku terpaksa hadapi.. pahit manis kehidupan tahun 2011.

Mesti ramai antara korang yang pasang azam almost every year kan? so, tercapai tak azam korang tahun nie? For me, i'm not have any new year resolutions. Aku just follow the direction... coz aku takut nak letak expectation yang tinggi and aku tahu aku tak mampu nak hadapi klu aku tak leh faced benda2 mcm tuh..

So, kepada siapa yang aku ada terbuat salah, tak kisah la dari segi ape pun, aku harap korangdapat memaafkan aku. so kita bukak buku baru.. We start a new life together yeah?!

Sunday, December 18, 2011

Blog Ikut Suka


"Ala, dia anak orang kaya. Cuba kalau bukan sebab bapak dia, jangan kata BMW, Kancil pun tak mampu nak beli agaknya"

Berdasarkan ayat kat atas tu tell me which parts of the sentence shows that I am not jealous of that anak orang kaya? It's obvious, no?

Pada aku life is simple. Jangan sesekali kita buang masa untuk merumitkannya dengan perkara-perkara tak perlu. Biarlah orang nak berlagak ke, nak membodohkan diri ke, selagi kita physically unharmed, mentally unhurt, monthly wages undisturbed, biarkan saja. Biarkan dia happy dengan cara hidup dia, dan kita tak perlu nak meng"happy"kan diri dengan perkara-perkara yang men"degrade" kredibiliti diri sendiri. No class. Apa yang kita tulis in public ni really reflects the way kita berfikir. And somehow a yardstick of somewhat our level of maturity and sensitivity.

Lainlah kalau ada individu yang secara terang-terang nak bagi kita sakit hati dan "jatuh", there's always a way to deal with these people. But still you don't need to low yourself that much.

Entry ni bukanlah serangan peribadi kepada mana-mana individu, tapi aku berharap semua pihak yang menulis bertanggungjawab dengan apa yang ditulis (unless you are the type "suka hati aku lah, blog aku, nak tulis apa pun kau apa susah?"). Feel free to write anything, tapi biarlah berasas. Feel free to troll, tapi kalau tak sedia untuk ditroll balik, baik buat hal sendiri saja. Jangan berumah di tepi pantai, kalau takot dilambung ombak.

I love healthy debate. I don't mind losing as long I lose to a legit facts, concrete reasons and reasonable spiel. But if the opponent keep dodging my questions, it's HUGE sign that I must stop fighting. It's not worth my time plus I don't want to end up being another loser, just like the opponent.

Lastly, aku minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan apa yang aku tulis. Sekali lagi, ini bukanlah serangan peribadi, cuma meluah rasa hati. "Pung pang pung pang" macam berani sangat, tapi bila di"pung pang pung pang"kan balik, terus kecut, tak ke lawak tu?

Thursday, November 24, 2011

Fucking Friends!!!


Banyak yang perlu disuarakan. Semua asyik ulang benda yang sama. Sebarkan pada yang lain keburukan yang sama. Kau insan paling sempurna. Dengar. Dapatkan cermin kalau perlu. Aku dah nyalakan rokok. Dah tarik dalam-dalam. Asapnya aku simpan tunggu masa nak dihembus pada muka malaikat kau. Bila kau dah ada berani, mari sini, kita hadap. Aku bukan lagi insan yang hanya akan diam bila diinjak - injak. Mulut - mulut puaka kau buat aku semak.

Mari. Cheers!

Monday, November 7, 2011

Cool.. tpi masih berkecil hati


Memang hidup kita kat dunia bukan untuk tujuannya memuaskan hati semua orang. Mustahil kita boleh berbuat begitu. TAPI tak salah rasanya sekurang-kurangnya kita cuba menjaga hati orang yang selalu menjaga hati kita.

A friend once told me – Orang yang yang terlalu bersungguh-sungguh menjaga hati orang lain adalah orang yang terlupa untuk menjaga hatinya sendiri.

Owh yea... my friends is fucking right!!

p/s: owh yea.. nie bru aku free utk update blog selepas dua bulan... heheh.. busy kat tempat kerja baru... slalu outstation... incase sesape yg nak travel, boleh la deal ngan aku.. currently i work as international travel agent and consultant... here's my contact number... ( 0111-2392636 - Eeri Jeremiah) I can give all of you a better and good price... thanx uols!!!

Monday, October 3, 2011

Anak Punai, Anak Merbah........


Kenapa rindu aku? Kawan tanya.

Entah. Aku jawab. Boleh kah paksa-paksa nak rindu ke tidak? Aku tambah. Agak skema.



Aku rindu banyak perkara best lately.
Rindu pada kawan-kawan (yang betul2 kawan aku) yang best.
Rindu kat Ipoh & Taiping
Rindu kat makanan yang best.
Rindu pada tempat-tempat best
Rindu kat pengalaman yang best
Rindu juga pada rasa-rasa yang best

Memang betul perkara-perkara best akan buatkan kita rasa rindu. Tapi rasa rindu itu sendiri super duper extremely tak best.

Kalau ada ubat tahan rindu jual kat farmasi,dah lama aku beli. Kalau mahal sekalipun, sanggup hutang bank. Haha.

Dan untuk menjawab persoalan kawan aku kat atas tu, aku rasa mungkin dia juga antara kawan-kawan/makanan/tempat/pengalaman/rasa best yang pernah aku ingat dan alami yang membuatkan dia layak untuk aku rindu.

Entah!

p/s: cover post, my both niece.. Nor Ezyan Sofeya & Nur Ezzah Jasmine. Rindu mereka!!!

Saturday, October 1, 2011

The road not taken. (The road taken)




Pernah kan dalam hidup, korang terlalu inginkan sesuatu, dan bila sesuatu yang korang terlalu inginkan itu diperkenankan Tuhan, Korang mula ragu-ragu dan tertanya-tanya "is this what i really want in my life?"

Have Faith. It's all we (I) need. Jangan sampai jadik kufur nikmat, Jangan terlalu "tawar-menawar" atau "demanding" dengan apa yang sudah Dia "murahkan". Dan jangan terlalu meminta-minta sesuatu yang belum tentu membahagiakan.

Dengan nama Allah, Permudahkanlah perjalanan hidup aku yang bakal aku tempuhi nanti..

Amin.

Wednesday, September 21, 2011

An apologize from me, I guess?


Tak tau apa dapat bila asyik gaduh - gaduh macam ni. Dan aku sebenarnya dah semakin jauh tersimpang bila asyik pikir benda yang tak sepatutnya dan tak perlu juga tak payah fikir. Sebab tak penting.

Orang yang kenal aku, tahu macam mana tinggi nya ego aku. Macam mana kerasnya hati aku. Macam mana tulinya telinga aku dari segala cakap busuk orang lain. Tapi kali ni, setiap kali aku dah mula lupakan semuanya, masih ada suara - suara hantu yang bisik tentang yang bukan - bukan untuk buat aku marah dan balas segalanya.

Mungkin dia tak ada kerja. Mungkin juga kau melampau bukan?

Like seriously, who cares? Sepatutnya aku dah tak ambil pusing since aku dah betul - betul heartless dengan "mereka" dan juga tak punya sikit pun perasaan dengan "dia" . Tapi tak, tangan ni masih lagi gatal nak bercerita tentang segala memoir yang ada antara dia dan dia.

Well, this is the end I guess.

Btw, what should I do with all the stuff I bought to both of you guys? Any idea?




Kan dah terpaksa buat entry lain. Well, ada entry yang berkaitanlah kot since some people curious about "mereka" and "dia"

Friday, September 9, 2011

Blue Hypo-crite!!!!


Penyakit hipokrit dah berjangkit dekat aku. Sekarang, jadi diri sendiri adalah benda paling susah aku nak buat.

Hari tu kami kutuk Si Polan berbakul-bakul. Esok lusa elok je kami duduk semeja dengan Si Polan sambil minum kopi bergelak sakan. Aku yang tengok jadi mual. Hebat sungguh lakonan kami.

Kesian Si Polan.

Aku tak nak tahu apa dosa dia dengan yang lain-lain. Cukup rasanya aku tau dosa dia dengan aku. Tak perlu khabarkan dosa Si Polan dengan yang lain pada aku. Tak perlu tambah dosa aku.

Hipokrit. Perkataan yang paling aku benci dulu dah jadi adunan sebati dalam hidup aku sekarang. Mari, pakai rambut palsu dan jalan keliling dunia sambil tunjukkan ‘fuck’. Mari lihat apa mereka mahu cakap tentang diri kita yang hipokrit.

Akan ada yang kata, “Hoi, hipokrit!”

Balas saja, “FUCK OFF!”

Mudah bukan?
Ramai orang dah laungkan, “Cuba belajar jadi diri sendiri.”
Aku nak laungkan, “Kita perlu hipokrit untuk diterima.”


Fuck off, Eeri. Fuck off!

Thursday, September 8, 2011

Kalau aku jadi sampah,biarlah sampah yang boleh dikitar semula


Some of these "sampah" reminds me of someone and places that I've been. Thanks to the "sampah" that I realized I am no longer fragile as I was before. I believe life goes on with or without the person whom you think could be there during the ups and downs. Dan betul sangat, jauh perjalanan luas pengalaman. I'm thankful for that.

Now tell me who says "sampah" is not worth to be kept?


p/s: nie gambar time 2nd day raya 2011 kat umah aku (Kota Bharu)
Daong, Amal, Arep & Wenkt thanx sebab datang umah...

Monday, June 27, 2011

CUN!!!!


Benci.
Dulu, aku tak suka makan Bin-bin rice cracker, masin giler!
Dulu gak (takdelah dulu sangat), aku tak suka tengok citer Desperate Housewife ni. Sebab rasa annyoing gila diorng nie bermuka-muka even jiran2...
Oh, dulu pun aku tak suka makan nasi berkuahkan kicap semata.

Sekarang?
Bin-bin lah yang aku duduk cari nak ngunyah-ngunyah time tengok TV and busan2 x dek keje time kat opis ngan clique aku.
Pastu balik keje je, dlm kol 1030, mesti nak tengok citer Desperate Housewife. Seronok pulak tengok akak2 vouge tu meroyan-royan dgn cara masing2...
Ko ingat ko ada orang gaji nak masakkan sedap-sedap? Nasi lauk kicap dengan telur goreng pun dah kira sedap time-time lapar (and penat) letak plak white pepper... pergh!!!!.

It's not about karma, but you never know the future. We might hate the person, but who knows he might be there when you in need. You never know benda yang ko detest the most tulah benda yang ko akan cari-cari later.

Tu sebabnya mat salleh ada kata "keep your word sweet and nice because you might just have to eat it".

theEJ : Tak payah la nak benci-benci aku (atau seseorang yang lain). Buatnya esok aku jadi pakwe/menantu ko, sape nak jawab? Haha.

Monday, May 23, 2011

Bukan Tunggul


Sebenarnya, ada beberapa idea nak menulis. Tapi kebanyakannya aku delete pasal kadang kala takot apa yang aku tulis menyinggung mana-mana pihak and sounds macam emo sangat. Tapi bila fikir-fikir balik, ini lah tujuan aku memblog. To express about what I feel and think. And most importantly, to be myself.

Memanglah malu bila baca-baca balik entry yang ada unsur-unsur emo, (which one of the reasons aku delete blog ni dulu), tapi aku pun manusia macam yang lain. Ada lemah, ada kuatnya. Pokok pangkalnya, ada hati dan perasaan juga.

Maka, berpegangkan kepada falsafah peduli apa orang nak kata, or maybe aku akan malu bila 6 tahun kemudian aku baca entry ni, here I present you a short sajak best yang bertajuk "Bukan Tunggul".

Kepada kau,
Kadang kala kau terlupa,
Aku juga punya rasa
Punya hak untuk merasa

Aku bukan kayu
Yang boleh kau tinggalkan
Atas apa yang kau bencikan

Aku bukan kayu
Yang boleh kau hanjengkan
andai nature aku bukan kehendak liking kau.

Kepada kau yang aku panggil sahabat,
Kadang kala kau terlupa
Aku bukannya kayu
Yang tak punya hati dan perasaan.
Untuk terus diam membisu.

Ok, dah lega. Selamat bekerja, semua!!

Tuesday, May 10, 2011

Ikut suka lah!!!!!!!!


Yes. Kalau ada orang paksa kau terima dia as your soulmate, dan kau memang sah-sah takda feelings dekat dia, then speak up and say "NO!". Tak payah lah nak aku-couple-dengan-dia-sebab-kesian-weh, keji betul bunyik dia.
Memang ah kadang-kadang ada orang yang minded bangang cakap dekat kau "Wehh jahat gila kau reject dia terus. Tak kesian ke dekat dia? Dah lama kot aku tengok dia suka kau.". Tapi kalau kau fikir logik ah, memang wajib ke kalau orang tu suka kau, kau pun kena suka dia balik? Another thing, perasaan suka tu macam buih lah weh. Bila-bila masa je boleh pluuupp! hilang. Harini suka, esok menyampah.
Lagikpun, kau nak couple dengan someone tu based on rasa suka or sayang?

Wednesday, May 4, 2011

Entah...



Aku sepatutnya menulis benda lain, tapi entah kenapa kotak memori gagal berfungsi dengan cemerlang ini hari. Puas dah selawat semua, namun masih gagal untuk recall benda yang aku terfikir petang tadi. Betul tak tahan lama ingatan aku ni.

Kadang-kadang aku hairan, kenapa benda-benda palat yang orang buat juga yang mampu aku ingat padahal benda-benda baik (idea untuk menulis pun dikira baik, mungkin??) susah gila nak ingat. Memang lumrah agaknya manusia tend to remember one little shit yang orang buat daripada mengenang seribu kebaikan yang pernah kita curahkan.

Been there, done that. Pernah menjadi pembuat that little shit (tak sengaja), malah pernah jua menjadi pencurah seribu kebaikan (vain giler bunyik. haha).

Pahit, tapi itulah kehidupan. A learning process to be learned.

Oh sedar tak sedar, dalam tiada idea nak menulis hari ni, entry ini pun aku kira sudah jadi satu entry, bukan?

Night!!

Sunday, May 1, 2011

Thanx God...


Kecewa,
Sedikit tanda tanya.

Cuba positif kan diri,
Rasa kecewa datang bila aku bandingkan diri
dengan mereka yang lebih hebat
di luar sana.

Syukurlah, wahai diri.
sekurang-kurangnya masih punya tangan
untuk menadah doa
kepada Tuhan Yang Maha Mendengar
Sesungguhnya Dia lebih Mengetahui.


p/s: hahah.. minggu happy bagi aku.. cuti labour day.. aku balik KB.. ngan akak aku.. sgt heaven rasanya.. jarang sungguh aku dapat peluang mcm nie.. slalunye time raya la aku boleh balik pun... 3 hari kat sini.. rasa mcm x nak balik KL je.. memula sampai je.. relax2 kejap kat umah..after 3 hours relax2.. my friends on twitter ajak lepak.. wenkt.. so, ikut la melepak memalam kat bandar KB.. lepak tepi Sg Kelantan.. harinie plak.. hari shopping.. ade je benda yg mmber aku kirim dr Kl tuh.... such as dodol ngan kopok lekor as usual.. nie kes balik senyap2 nie.. x dek byk sgt org kirim.. klu heboh, sah2 la penuh kete tu aku bawak balik kan.. hahahha..

Thursday, April 28, 2011

Masalah!!!!!!


Susah nak senang. Senang nak susah.

Mana ada benda mudah. Semua susah. Bila susah semua menyampah.Tak nak susah, gantung diri selesai masalah. Akhir nanti, orang lain yang payah. Hidup wajib susah. Wajib ada masalah.

Cukup menyampah dengar orang mengeluh bila ada masalah. Masalah itu perkara mudah. Jangan rantaikan kehidupan dengan beban masalah. Lagi kau fikir, lagi lelah. Senyum. Memang tak boleh selesaikan masalah. Tapi, hidup kau akan lebih mudah.

Masalah sebesar zarah, tapi mengeluh macam gajah.

Menyampah tahu? Menyampah!

Apa guna ada bahu? Pikul saja beban kehidupan itu. Bawa saja ke mana - mana. Tinggalkan bila perlu. Kutip bila mahu pakai. Tak perlu gundah. Bukan kau saja ada masalah. Orang lain, mungkin sedang berperang dengan diri sendiri. Hidup, macam ni lah.


p/s: aku suka pic atas nie.. sebab time nie mmg x plan langsung nak g bergambo.. otherwise, aku time nie baru sampai KL dr KB.. dlm 1 jam sampai umah kat KL, kak gg call ajak makan pecel lele kat Hentian Kajang.. terus aku On je.. sebab x dek benda nak buat..
From left: aku, che ta, lieza & gg... depan Palace of Justice, Putrajaya..

Tuesday, April 26, 2011

That's LIFE!!!!


Hidup ni susah ke senang? Senang je rasanya. Cuma ada lima abjad dalam 'hidup'. Budak yang dah pandai mengeja pun tahu apa itu hidup.

Hidup ni mudah.

Kalau lapar, makan.
Kalau bodoh, belajar.
Kalau sakit, makan ubat.
Kalau penat, tidur.
And the list goes on and on.

Mudah bukan?

Jadi untuk kau yang dilahirkan cukup mata, ada hidung, mulut juga dikurniakan wajah yang kacak, tak payah mengeluh banyak sangat. Oh! Dan jangan lupa tentang akal yang Allah kurniakan tu.

Jangan risau tentang beban yang tak sepatutnya menjadi beban. Kadang kala, biarkan saja beban itu berlalu.

Hidup ni, banyak lagi benda boleh buat. Sementara hidup kau ni tengah berjalan lancar, jangan merungut tentang yang bukan - bukan. Kau bukan ada kanser untuk dilawan macam Mak aku.

Hidup ni bukan untuk pikirkan masalah dan selesaikan masalah sepanjang masa. Bukan. So, Pandai-pandailah..


p/s: photo dlm post kali nie sama skali x dek kaitan secara langsung mahupun tidak langsung, just sekadar berkongsi memori yang berlalu pada sabtu lepas... anyway.. Happy birthday...

Saturday, April 23, 2011

Yes, i am..


orang kata, kalau nak jadi orang yang successful dalam bidang yang diceburi, kena ada ilmu dan pengalaman. lmu alhamdulillah, tak payah pergi sekolah pasal fashion pon, so far, macam macam yang aku dah dapat melalui pengalaman yang aku timba sejak dua menjak ni. Orang kata lagi, kalau nak jadi hebat, kena pernah buat semua kerja. supaya kita mahir semua kerja. At least bila jadi besar, tak adalah diperbodohkan sebab tak tau apa apa. Bukan la nak giler kuasa ke ape.. tpi just nak amik tau sebab aku nie baru keje 3 bulan.. so far, 2 bulan aku da confirmed.. thanx to my boss.. for trusting on me.. lantak la orang nak cakap ape pun pasal aku.. janji aku x kacau orang..

aku dah pernah jadik org bodoh sebab ikut org amik kunci kat security.. at first x tau ape nak buat coz my clique soh follow dia.. turun naik mcm x dek arah.. sampai aku pun blur x tau nak buat ape.. . maka aku dah tau macam mana perasaan bengang bila kena buat keje dua kali tampa arah tujuan dan arahan yg betol.. atau pun tak lengkap..

aku dah pernah pasang mobile card. maka aku dah tau macam mana susah hati bila pasang mobile card untuk orang, tapi diri sendiri klu jatuh dri tangga tu, mmg patah tulang blakang aku.. so, aku x naek tangga until now sejak aku keje nieh..

aku dah pernah buat keje 2 kali. maka aku dah lali sangat macam mana perasaan kena marah sebab buat kerja dua kali nie macam mana.. so, start haritu, aku buat kerja cara aku, yang mana lebih senang dan cepat... so far, boss pun suka aku punye keje.. hahah...

aku pernah jaga wardrobe. cari baju, accessories bagai. aku dah muak layan karenah orang yang cakap kerja nie senang, tiba tiba last minute kene tukar sebab x matching langsung ngan baju dan sebagainya.. stress woo...

bila aku nak pernah jadi big boss dengan manager pulak niii? dah tak sabar nak pegang tanggungjawab lagi besar dah ni! hahahha... I love my job and fashion!!!! it's all about creativity!!!! ienjoyed my job as well!!!


p/s: i have no idea why some people take a hard and long way than a simple and easier way to complete any tasks that given to us?! It's totally clear the simple and easier way is much better and the result is much more AWESOME that the hard & long way.. right that much stupid and shameful result?! No need to make urself busier with the hard & long way that you take.. think wisely.. never do the same job TWICE?!!!! coz i really hate it.. it's clearly not my style of works... anyway.. thanx for this kind of opportunity.. Alhamdulillah..

Saturday, April 16, 2011

do i REALLY care?!


Semua orang dalam hidup pernah lalu fasa yang kalau boleh tidak mahu dikenang-kenang. Fasa yang sesekali terkenang akan buatkan kauorang berfikir "camne aku boleh buat camtu eh?", "kenape kita x duduk kat Pluto ke, Musytari ke, Utarid ke tak pun kat Bulan?! ... " atau sesuatu seperti "ishh, bodohnya aku masa tu. Malu kalau ingat balik".

Betul, aku juga pernah lalui fasa sedemikian. Memang manusia tiada yang lahir tanpa khilaf yang sendiri. Mungkin atas sebab mahu mencuba, explore or experiencing, atau kerana terlalu mengikut kata jiwa yang meronta, aku pun tak pasti kenapa aku perlu melalui fasa sedemikian.

Orang kata-"Semua orang buat silap, dan hanya orang bijak yang belajar dari kesilapan dulu". Kalau betul apa quote ni kata, I guess I am not so-wise lah.

Sigh.

BUT, if you don't make mistake, you learn nothing new kan?

Senyum balik.

Cuma kalau boleh tak nak ler jadi not so wise selalu dalam setiap learning process for something new each and every day.

p/s: is now ngidam brand new sony compact digital camera... sume nie gara2 menemani my clique aku pegi PC Fair jumaay lepas... adoi!!!!! mau collect duet beli itu camera... forget about my lame DSLR!!! i need BB too...

Wednesday, April 13, 2011

untittled


Today, upon a LRT,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Sunday, April 10, 2011

Der... Lu bikin Gua panas Der!!!!



Assalamualaikum, hye!!! before I get this party started, I would like to apologize to all my non Malaysian readers, (i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry,). This posting is all about the topic only Malaysian is related too... yes I wont be translate to English languages. Since even with i translate too, you still wont be able to understand it.. (i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry) i'm sorry again...

Hek Eleh mamat nieh, bajet giler dok ingat mat salleh baca blog nie.. hahahha.. Dah la tak best, bajet nyewwwwwwww....... OK.. NYEWWWWW?? NYEEWWWW???? Its supposed to be NYA la... bukannya "nyewwwww". Dan inilah posting akan aku cakap dlm post latest aku nieh...

Ada orang panggil bahasa rempit, ade org panggil bahasa "Comey"... *mcm pendek lidah je nak sebut kan.". Ada macam2 nama untuk bahasa nieh.. Tapi, aku panggil bahasa lidah pendek pemalas... Pasal ape?! pasal mana2 ayat yang ada huruf A, diorg akan gantikan ngan huruf baru iaitu huruf "ewww"... *selalunya diorg guna dlm bentuk penulisan Fesbuk, sms, blog, Ym dan sebagainya...* Kenapa agaknya diorg buat macam nieh? Entahla... aku sendiri tak tau.. dan tak faham.. tak mungkin kerana ingin save ruang dlm penulisan.. dan dengan membuat ini, dari "a yg 1 huruf" kepada "ewww yang 3 huruf".. tak save space langsung ok.. membazir ade la... dan ianya sama sekali TIDAK COMEL...

Aku nak tanye korang la... adakah ini comel?! " Aq mencik do cm ni.. ad mber lmew tgu lmew glew.. x aprv2 gk aq!". Sangat tak comel ok!!! Teori aku ialah, orang2 yang menggunakan bahasa nieh, aku agak diorg kehilangan beberapa huruf kat keyboard diorg... so terpaksa la diorg tulis mcm tuh...

Mungkin ada jugak pembaca2 blog aku nieh yang faham kenapa perlunya menulis macam nieh... so please do enlighten me.. bgtau aku ape yang best sgt dok tulis mcm tuh... Mungkin ada gak reader blog aku nie akan cakap mcm nieh " Ehy rilex rr der... asal leh paham ok la der... lu wat kecoh pasal?! " Well... DER.... aku buat kecoh pasal lu malukan bahasa gua... gua seyes tak kisah sgt ngan shortform2 nieh.. Aku pun kkdg2 guna gak.. tapi sampai short mcm tu ape kes?! Kan best klu tulis macam biasa2.. Bukankah Islam mengajar kita hidup dalam kesederhanaan?! Tak perlu la spelling over the top nieh.. Kita try tulis elok2.. jagan dok "eww" "ewww" nie.. K la geng, itu je posting aku kali nieh.. hahaha...



p/s: i hate when somebody sent me an sms with shortform.. sampai aku pening bila membaca.. of coz la x faham terus kan?!

Sunday, April 3, 2011

What A Wonderful World



Percaya atau tak hukum karma sedang berlaku. Sedang menguasai kehidupan kita. Kita buat kat orang lain, Kelak itu juga yang akan berlaku pada diri kita juga. Kita dahulu berada di atas, Bukan main kita bangga dengan apa yang sedang kita takluki. Tapi itu semua akan berterusan ker? Dalam diam kita sedang menuju kearah kemusnahan yang kita cipta untuk menghancurkan apa yang telah selama hari ini kita usahakan.

Aku mengaku kadang-kadang mudah lupa diri juga. Tapi alhamdulillah, aku masih menyimpan perangai yang sering menjadi masalah orang lain untuk berhubungan dengan aku. Aku simpan perangai ini kerana aku tau tak di semua tempat semua orang akan menerima kita. Jadi, ada baiknya aku menjadi diri aku sendiri untuk orang lain menerima aku seadanya daripada hipokrik dan orang lain akan terkejut dengan sifat kita dikemudian hari.. (pedulikan pada mana org yang x sukakan aku tu... satu je nak cakap.. pegi mampus)

Memang berginilah hidup. Tak semuanya indah berlaka. Dalam hati saya bukan saya rasa gembira mendengar mengenai dia. Aku cuma kesian. sebabnya sayang peluang yang cukup bagus itu di sia-siakan dengan pekara yang bukan-bukan dia lakukan. Muda lagi dia. tapi peluang tu pergi macam tu saja.

Aku dengar mengenai zaman kegigihan dia. Aku dengar zaman kecermelangan dia. Aku lihat dia di depan mata aku. Aku kenal dia. Dia rasa dia bagus jadi aku berhenti mengagumi dia (itu yang sebaiknya bila syok sendiri)

Jadikan ini iktibar. Untuk masa-masa yang akan datang.

Kerana duit kita cepat gelap mata. Kerana kawan segalanya kita bersama. Kerana duit dan kawan juga hidup kita sendiri merana.

Semoga dia berada dalam keadaan baik-baik. Dan semoga dia akan berjumpa peluang yang lagi baik. Dan harap dia akan menghargai peluang itu sebaik mungkin. Amin. :)


*tetibe datang je nak menulis pasal nie time melepak minum teh tarik ngan mmber2 aku kat Pelita KLCC sebentar tdi.. melihat telatah dan kerenah orang ramai yang datang... What A Wonderful World...

Sunday, March 27, 2011

I Love my Job!!!!!


Aku beruntung dapat kerja bahagian creative department buat design and display. Pendek kata semua pasal Advertising.. ye ke pasal advertising?! Agaknya la kot.. Macam macam dapat aku belajar, and it's All about Fashion. Kiranya aku nie da macam Anne Hathaway la dlm "The Devil Wears Prada". Cuma aku x chanteq macam dia je.. hahaha... Ramai orang berebut nak dapatkan spot aku.

Tapi buat masa nie, semua cuma dapat buat display je. Aku harap sangat aku dapat join untuk photoshoot for every new season, campaign and event yg company aku buat... Sure gempak kan.. dengan wardrobe, cameraman, models, lightings.... yea.. macam photoshoot modelling tu.. Aku da boleh bayangkan ke"busy"an aku time tu bila buat photoshoot...

Aku untung betul dapat join department ni. Aku kena reti bersyukur sikit. Kena motivate diri supaya tak malas bangun pagi dan pergi kerja. Come on eerii! Untung untung dapat jadi Sr executive VP sikit hari lagi. Pastu jadi A&P VP Manager. baru gempak! Itu pun Kalau aku perform dalam keje and be more creative with it...

Esok, aku da start busy untuk new campaign.. Perfect Harmony.. so, pagi esok je da kene start carik accessories, baju2 ngan high heels yang kena ngan theme yang da tetap tuh... What a busy week for me...

(entry ini adalah entry motivation diri sendiri yang dah tak ada motivation pergi kerja sebab Lisa Surihani tak jadi berlakon dalam LBS2)

Tiada kaitan Earth Hour




Aku mengakui aku membiarkan perasaan dan jiwa ini merindui namun hakikatnya ianya tidak pernah wujud di alam nyata dan aku sering membayangi mereka (ya.. pada mereka yang pernah berkongsi gelak tawa serta tangisan bersama sama). Ada kala buat aku rasa pilu dan sayu terdetik untuk menulis bila dua kali aku mimpi perkara yang sama dan ianya adalah apa yang aku fikirkan selamanya ini.

Pelik bila mengapa baru hari ini mimpi ini datang tatkala Earth Hour malam tadi? sedangkan aku memendam rasa rindu pada bayang mereka itu sudah sekian lama. Apa benda yang aku bayangkan itu susah untuk aku lakarkan tetapi ini adalah makhluk tuhan. Bersih wajahnya dan sepatah kata tak pernah tersebut di bibirnya. Mimpi itu aku di temani beberapa orang manusia yang indah dan tenang hatinya. Aku dan mereka berbalas senyuman tanpa sepatah kata pun. Aku hampiri tempat kami pernah beradu beramai2 ,terus hilang dan aku terjaga.

Lihat dunia nyata betapa hiba dan sayunya hati aku hingga mahu menitiskan air mata ini. Tapi aku sedarkan diri, seperti orang hilang akal mahu menangis tanpa sebab. Tapi bila masa lapang dan tenang seperti ini aku akui, aku benar2 rindu pada diri mereka semua.. Perasaan yang tak pernah hadir secara tiba2 begini, hingga membuatkan aku mahu menitiskan air mata tanpa sebab. Dan bila aku fikirkan semula tentang perlakuannya aku terasa sangat sayang pada mereka semua disana...

Aku buntu sampai ke hari ini siapa mereka itu? Sungguh aku sayang dan rindu serindunya... Kalau benar kata sahabat ku tentang bunian baiklah tuhan jadikan sebaik - baik kejadiannya. Aku bersyukur dan bangga dengan maha pencipta yang memberi sesuatu yang indah pada diri ku walaupun sekejap..biarlah apa pun dia, asalkan dia juga dari maha pencipta dan beriman pada tuhan. Janganlah mimpi ini memberi alamat atau petanda tidak baik dalam hidup ku, kerana aku tidak akan rasa mahu menangis tanpa sesuatu sebab...

Tapi ini aku tewas~ hanya tewas dengan sebuah mimpi...semoga pertemuan aku dan dia memberi satu kebaikan dan mendekatkan lagi aku pada yang maha esa..amin~


p/s: sesuatu yang tidak sama skali aku jangkakan.. ya.. mungkin mereka juga merasakan perasaan yang sama... lebih tepat lagi akan ayat ini "lepas jugak rindu kat adik akak sowang nieh" entah brapa benar akan ayat itu?! hanya Tuhan yang mengetahui isi hati mereka itu.. hanya itu saja yang mampu membuatkan aku tersenyum pada ketika ini buat seketika.. *wink..wink...* Life is Short.. Enjoy!!!

Tuesday, March 22, 2011

Orang KITA!!!!


beberapa bulan lepas, aku pergi satu volunteering program kat Sg Wang sempena Hari AIDS. entahlah, habis dari kelas tu aku rasa sakit hati. sampai ke mimpi aku terbayangkan muka dia. aku benci dia! patutlah wujudnya pepatah "don't judge a book by its cover".

benda ini memang aku ada kaitan dengan aku sendiri. dan berkait juga dengan orang lain. apa yang aku lihat, dia sepertinya baik hati, mengambil kisah mengenai orang lain, penyayang tapi apa yang berlaku cukup dah memaparkan siapa dia sebenarnya. mungkin aku tak tahu latar belakang dia, tapi dengan apa yang dia lakukan, dia gerakkan, dia cakapkan, sudah cukup buat aku faham mengenai kewujudan manusia seperti ini. sayang sungguh!

janganlah rasa selesa bila dah ada kat atas sana. dia naik pun atas 'kelemahan & kelebihan' orang lain. makcik jual kerepek pun kau kata dia menjual secara paksa bila dia datang ke meja. kalau tak nak beli cakap tak nak. tak payah kau cakap dalam bahasa lain untuk cakap kat orang lain pasal makcik ni jual kerepek secara paksa. pastu kau boleh cakap sambil senyum ke arah makcik tu.

aku tak rasa makcik tu jual secara paksa. dia letakkan kerepek tu atas meja sahaja, dan kalau tak nak tak apa. makcik tu boleh simpan balik. kesian makcik tu. kalau dia tahu mesti dia terasa dengan kau. kau dah la manusia sebahagian daripada orang yang membela nasib orang yang tidak bernasib baik, tapi kau jugaklah yang memandang sebelah mata kepada golongan yang macam ni. melayu buli melayu. itulah kerenah orang kita...

masa makcik tu datang, aku dapat lihat mukanya yang lesu. dan cuba menyorokkan rasa malunya untuk pergi meja ke meja untuk menjual kerepek. aku melihat dia seperti arwah nenek saya. kecil. dan dia merasakan dirinya begitu kecil sangat apabila berada di satu tempat yang didatangai oleh orang-orang yang tinggi profilenya. kesian dia. entah apa yang berlaku dengan kehidupan dia, anak-anak dia dan suami dia.

aku tahu perasaan itu bila aku berhadapan dengan orang yang merasakan diri mereka lagi bagus dari mereka. aku dah jumpa banyak orang yang macam ini. kalau nak beli beli, kalau tak nak beli, cakap tak nak. habis cerita.

jangan fikir orang macam ini tiada hak untuk hidup selesa dan masa depan yang cerah. Aku setiap hari akan memikirkan jalan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga aku.

mungkin ada yang lebih teruk pernah orang lain lalui. tapi bila kita berada di satu tahap yang selesa, janganlah kita memandang orang lain sebelah mata. sudah satu tanggungjawap kita sebagai manusia saling bantu membantu antara satu sama lain. bukannya menghina kekurangan orang lain yang tak ada pada kita.

semoga kita akan menjadi manusia yang sentiasa sedar dengan kewujudan orang lain.


Sunday, March 13, 2011

Fast Fun Facts about me....



maka mari tulis sikit tentang aku untuk buat hilangkan rasa busan...

1) seorang pendengar yang bagus. tapi aku jenis tak pandang mata orang yang bercakap, aku akan buat buat macam tak dengar, tapi aku dengar penuh tajam. tak percaya, tanya kawan kawan aku.

2) kalau aku ada kamera, sila jauhi aku. sebab macam macam yang aku boleh buat dengan kamera tu.

3) pemalu kalau tak biasa dengan orang. tapi kalau dah biasa, paling muka tembok.

4) seorang yang senang dibuat berkawan. kalau kau pernah lepak makan satu meja dengan aku, terus kau dianggap sebagai kawan aku. dan dengan pantas klu lepas balik makan tuh... aku carik korang dlm fesbuk.. dan terus tekan ADD AS FRIENDS...

5) 186 cm dan 70 kg ketika artikel ini ditulis. (bru hilang 2kg time demam 3 hari lepas)

6) kuat merajuk, x pandai memujuk,

7) Chocolate for me is the best theraphy.. klu aku bad mood.. mmg aku carik chocolate la...

8) kaki jalang.. oppss... kaki jalan... pernah backpacking satu semenanjung Malaysia sorg2... time 2006 dulu... yg best.. every year aku g pulau2 kat malaysia nie since 2005... tempat paling rilex dan tenang bagi aku...

9) seorang yang paling annoying. kalau lepak dengan aku, bila aku dah sumpah paling mengantuk/penat, aku akan jadi super annoying. korang kena layan aku sampai korang rasa menyampah nak layan aku. aku mungkin akan memulakan bermacam macam jenis permainan. dan korang kena layan aku. kalau tidak, aku main sorang. lagi annoying nak mampus. tpi slalunya aku akan merapu pk benda yg x masuk akal mcm "kat mana nak beli helikopter erk" atau pun "kenapa pompuan perlukan handbag yg branded yg perlu di isi kedalamnya seperti wallet, make-up, dan benda2 lain la yg pompuan simpan dlm tuh ?! padahal sume beg sama je fungsi untuk menyimpang barang.."

10) paling suka makan!!!! bahagia rasa bila dapat makan.. makan untuk isi masa lapang.. tpi badan aku x naik2 jugak!!!

11) twitter-freak and fesbuk-freak. apa je yang jadi, benda kecik kecik pon, aku akan tweet @ letak kat fesbuk. kalau rasa taknak dimalukan, cepat cepat cakap dekat aku, jangan tweet. aku masih bertolak ansur dan hormat terhadap maruah orang lain. walaupun ada org memburukkan aku.. mcm past few week.. org tu still ckp pasal aku.. yes.. aku lari dari rumah kau tu sebab aku x tahan mulut ko yg mcm celaka tuh.. jgn ingat org lain x dek hati da perasaan... otherwise, stakat MINTA MAAF secara TERBUKA kat FESBUK tu doesn't mean anything if you humiliating me in front others .. Dulu cakap x puas hati, face to face.. tpi ko sendiri buat mcm tuh?! cakap x serupa bikin... bodoh punya org...

12) x suka main bola sepak.. tpi pernah score 2 gol time Pendidikan Jasmani time skolah menengah kat Taiping dulu.. (have no option bcoz i skolah budak2 laki) tpi suka maen futsal... ala2 Fazura dlm Gol & Gincu gitew.. hahaha

13) lebih selesa pakai sandal.... coz kasut @ snickers itu akan menyusahkan aku je... nak2 plak dlm toilet... still setia ngan sandal Clarks aku yg dibeli 3 tahun lepas.... Menjaga dgn baek ok....

14) paling suka tiru pose2 america next top model bila bergambar... hahahahha... kkdg2 ade je yg makan hati tgk pic2 aku.. hahaha.. i just enjoying my life ok!!! x kisah org nak ckp ape pun!!!

Saturday, March 12, 2011

Resignation Letter.... Again!!!!


Pangeran Muda Eeri Jeremiah
Taman Keramat Permai
54200, Kuala Lumpur
eeri.hilfiger@gmail.com

12hb mac 2011

general manager,
cupid satu dunia,
planet bumi.

notis 24 jam berhenti kerja jadi cupid part time.

berhubung perkara di atas, saya dengan ini menamatkan perkhidmatan saya dalam bidang menembak panah busur berkuatkuasa esok, 13hb mac 2011.

2 - sebab saya meletakkan jawatan saya sebagai world class cupid adalah kerana saya mendapati kerja ini membawa "bad luck" kepada diri saya sendiri. duk kenenkan orang lain, saya sendiri tak laku. mana pernah ada dalam sejarah lagipon yang cupid bercinta. ye tak?

3 - saya meletak jawatan dengan rekod agak baik, setelah menembak sebanyak lima atau lebih pasangan bercinta dimana tiga atau lebih pasangan sedang masih hangat bercinta ketika ini.

4 - saya harap pihak tuan/puan dapat mencari pengganti saya secepat mungkin, dan meja saya sudah pon dikosongkan awal pagi tadi. diharap sebaik saja pihak tuan/puan menerima perletakkan jawatan saya ini, "bad luck" saya boleh pergi mampus.

yang benar,
Pangeran Raden Eeri Jeremiah