Tuesday, December 28, 2010

KARMA

sebenarnya kalau di ikutkan hati ni memang banyak benda nak tulis. tapi aku di sekatkan dengan perasaan takut. takut untuk di nilai oleh orang lain melalui luahan aku di sini. memang sebelum aku menulis aku akan memikirkan apa rasionalnya aku menulis sesuatu pekara, adakah mengikut emosi atau sekadar mahu berkongsi. semuanya bercampur aduk.

aku cuba menghayati kehidupan, memahami masalah dan mengesan inspirasi untuk kehidupan aku. memang aku banyak berfantasi tentang kehidupan yang tidak mungkin aku genggam semuanya dalam sepanjang kehidupan aku, tapi secara realitinya aku lebih menyukai kehidupan aku dengan penuh naik turunnya. kerana pada setiap waktu aku akan berfikir mengenai tentang apa yang telah aku lalui adakah berisi atau kosong.

pada saat aku menulis ini, aku sedang memikirkan tentang bagaimana caranya untuk menjadikan diri aku ini seorang yang punya ketegasan. sebenarnya aku seorang yang begitu lemah. aku mudah percayakan orang, aku mudah menjadikan kawan sebagai teman dan kesudahanya teman menjadi lawan. lawan yang aku utarakan adalah lawan dari aspek lain dan juga aspek itu.

untuk pekara-pekara sebelum ini cukup sudah membuatkan hati aku wujud perasaan tidak puas hati dengan mereka. bagus bukan bila mereka menjadi pencetus segalanya. tetapi siapa yang tahu di sebalik yang berlaku? sudah tiba waktunya untuk aku bergerak dengan diri aku sendiri. aku tak nak wujud di sebalik bayangan mereka walaupun dalam reality ini.

Inilah masalah yang sedang aku hadapi. aku memang lemah untuk melawan balik kerana daripada aku mengeruhkan lagi keadaan, ada baiknya kalau aku keluar dari masalah ini dengan melakukan hal aku sendiri. sebabnya tiada apa yang aku dapat kalau aku bergaduh dengan sesuatu yang sudahnya adalah sia-sia. arwah papa aku pernah cakap kat aku “biar orang buat kita, jangan kita buat orang lain”. Aku percaya pada konsep hukum karma. biakan mereka selesa dengan kehidupan mereka sekarang, kerana aku percaya ada habuan untuk mereka pada masa yang akan datang. Mereka akan rasai apa yang aku lalui sekarang ini. Itulah KARMA

2 comments:

Kamal Hakim said...

congratulations you're on the right track of using full spelling. it's good for your blog seo you know and it eases on the eye. susah nk convince org lain. unless it's a comment, a post should be fully spelled though imho. :)

nana khairina said...

wow