Tuesday, December 28, 2010

KARMA

sebenarnya kalau di ikutkan hati ni memang banyak benda nak tulis. tapi aku di sekatkan dengan perasaan takut. takut untuk di nilai oleh orang lain melalui luahan aku di sini. memang sebelum aku menulis aku akan memikirkan apa rasionalnya aku menulis sesuatu pekara, adakah mengikut emosi atau sekadar mahu berkongsi. semuanya bercampur aduk.

aku cuba menghayati kehidupan, memahami masalah dan mengesan inspirasi untuk kehidupan aku. memang aku banyak berfantasi tentang kehidupan yang tidak mungkin aku genggam semuanya dalam sepanjang kehidupan aku, tapi secara realitinya aku lebih menyukai kehidupan aku dengan penuh naik turunnya. kerana pada setiap waktu aku akan berfikir mengenai tentang apa yang telah aku lalui adakah berisi atau kosong.

pada saat aku menulis ini, aku sedang memikirkan tentang bagaimana caranya untuk menjadikan diri aku ini seorang yang punya ketegasan. sebenarnya aku seorang yang begitu lemah. aku mudah percayakan orang, aku mudah menjadikan kawan sebagai teman dan kesudahanya teman menjadi lawan. lawan yang aku utarakan adalah lawan dari aspek lain dan juga aspek itu.

untuk pekara-pekara sebelum ini cukup sudah membuatkan hati aku wujud perasaan tidak puas hati dengan mereka. bagus bukan bila mereka menjadi pencetus segalanya. tetapi siapa yang tahu di sebalik yang berlaku? sudah tiba waktunya untuk aku bergerak dengan diri aku sendiri. aku tak nak wujud di sebalik bayangan mereka walaupun dalam reality ini.

Inilah masalah yang sedang aku hadapi. aku memang lemah untuk melawan balik kerana daripada aku mengeruhkan lagi keadaan, ada baiknya kalau aku keluar dari masalah ini dengan melakukan hal aku sendiri. sebabnya tiada apa yang aku dapat kalau aku bergaduh dengan sesuatu yang sudahnya adalah sia-sia. arwah papa aku pernah cakap kat aku “biar orang buat kita, jangan kita buat orang lain”. Aku percaya pada konsep hukum karma. biakan mereka selesa dengan kehidupan mereka sekarang, kerana aku percaya ada habuan untuk mereka pada masa yang akan datang. Mereka akan rasai apa yang aku lalui sekarang ini. Itulah KARMA

Sunday, December 19, 2010

Mengaku?!

pernah tak kita kita ni mengaku kalau kita buat salah? aku bajet mesti lebih 85% yang tak pernah mengaku. mesti punya. contoh paling terdekat, aku. aku selalu stalk mmber2 dekat facebook, dekat twitter. tapi aku tak pernah nak mengaku. eh kejap, selalu aku mengaku je kalau aku stalk. kau bukan Hillary Clinton @ Rosmah Mansur pun...

Macam mana la nak mengaku atas benda yang kita terang2 tak tahu menahu dan x ambil tahu sama sekali?! biarlah diorg point finger kat aku, tapi kene ingat lagik 4 finger lagik point kat diri sendiri.. okies?
kejap cari contoh lain.
hmm.
okay, contoh dah jumpa. contoh paling dekat, aku. aku x pernah luahkan prasaan aku kat orang. tapi aku mana pernah nak mengaku aku luahkan prasaan. eh kejap. bukan ke orang x pernah pikir aku nie x ada perasaan... aku manusia gak la sengal!!!

contoh lain contoh lain.
aku sebagai contoh. aku cukup tak suka bila kawan tikam belakang kawan aku. tapi pernah pulak aku tulis dalam blog ni, yang aku tikam belakang kawan aku? mestilah tak pernah. gila apa nak mengaku? tentu tentu orang gila tepi jalan tu tak pernah nak mengaku yang dia gila. kan?

aku bagi contoh lagi satu. kau kena tahan polis, sebab langgar traffic light merah. tapi kau seboleh cakap yang kau tak langgar kan dekat abang polis tu kan?
ha? kau tak cakap yang kau langgar?
tengok. kau dah buat benda yang aku cakap ni.
kau dah buat salah, mestilah kau taknak ngaku yang kau buat salah kan?

p/s: kepada sesiapa yang "buat" kat aku @ sesiapa je la yang kena... ingat2 la sket klu x mengaku pun.. coz klu kau tak mengaku pun.. yang atas tu nampak ape yang kau buat tuh... so.. point finger to diri sendiri dulu sebelum point finger kat org lain.. okies?! Tuhan sekarang bayar Cash.. no credit card accepted ok!! even AMEX skali pun.. so.. kata KRU.. Diam adalah Pintar..