Friday, November 26, 2010

R.A.G.A.M



manusia ada punya banyak ragam,
kadang-kadang kita dapat jangka ragam mereka
dan kadang-kadang juga kita terkejut melihat ragam mereka.
yea...
mereka MEMANG banyak ragam..
kerana Ragam mereka itu sendiri membuatkan orang lain meragam..

sesekali aku tertanya pada diri aku
bagaimana mereka dengan ragam mereka di satukan
dalam situasi dan keadaan yang berbeza dengan
apa yang di visualkan oleh mata aku terhadap mereka.

aku risaukan sesuatu pada waktu ini.
keluarga aku. pekara ini selalu menjadi persoalan buat aku.
aku akan termenung seketika. bagaimana aku nanti.
bila punya sebuah keluarga.
adakah aku mampu menjadikan keluarga aku seperti
apa yang di tuntut oleh islam?
adakah aku mampu mengawal segalanya?
adakah aku boleh menjadi pemimpin terhadap keluarga aku?

keadaan itu juga aku harus berhadapan beberapa ragam manusia
untuk aku menakluki minda mereka bagi mematuhi arahan aku.

ya inilah sedang terjadi kepada mama dan arwah papa
mereka berhadapan dengan 5 jenis ragam di dalam keluarga.
along, angah, aku, achik & adik....
mereka akan bangun pagi setiap hari bagi menakluki minda
kami untuk terus menyanyangi dan mematuhi arahan mereka.
bagaimana pula kami menentang mereka?
bagaimana perasaan mereka? terguris?
bagaimana pula kami memberontak sesuatu hal
apa yang harus mereka lakukan?
pernah kami fikirkan? tidak bukan.
jadi besar sungguh tanggungjawab mereka
terhadap kami bagi membentuk sebuah keluarga yang terkawal.

sekarang, aku sudah punya kehidupan aku
aku rasa tertekan dengan kepelbagaian hal yang membuatkan aku
rasa takut, sedih, kecewa, tidak yakin terhadap apa yang berlaku.
aku tak kuat untuk semua ini.
aku perlukan seseorang yang kuat bagi mendampingi aku.
yang ragamnya tak macam-macam untuk menunjukkan arah yang
betul terhadap aku. aku memang seorang yang berfikiran negatif.
aku harap, suatu hari nanti aku boleh mengikis pekara ini
keluar dari diri aku sendiri

aku memang orang yang lemah dan pelik ragamnya.
macam mana untuk orang macam aku melalui satu kitaran hidup
yang sempurna sedangkan aku sendiri pun tidak kuat?



p/s: thanx to kak nat, kak intan and kak manis yang x henti2 bagi sokongan serta dorongan kepada aku untuk teruskan hidup yang penuh berliku ini... seriously... thanx a lot... to kak intan especially, Eskapisminda akak byk tolong dalam gaya bahasa utk blog eeri nieh!!! hahaha... such a great teacher!!!!

2 comments:

nas_79 said...

Dalam dunia sementara ni smmgnya allah berikan pelbagai ragam...dgn ragam ini ia nk kita belajar baik buruk stp apa yg blaku..dari situ kita dpt mbawa n mbentuk pjalanan n keluarga kita kelak...insyallah stp apa yg kita risau sbnrnya baik utk kita kerana ia bisa merubah yg negatif mjadi positif....

cindir-rela said...

eeri!!

tak sangka:)

i wish u could lead your future family!:)