Friday, November 26, 2010

R.A.G.A.M



manusia ada punya banyak ragam,
kadang-kadang kita dapat jangka ragam mereka
dan kadang-kadang juga kita terkejut melihat ragam mereka.
yea...
mereka MEMANG banyak ragam..
kerana Ragam mereka itu sendiri membuatkan orang lain meragam..

sesekali aku tertanya pada diri aku
bagaimana mereka dengan ragam mereka di satukan
dalam situasi dan keadaan yang berbeza dengan
apa yang di visualkan oleh mata aku terhadap mereka.

aku risaukan sesuatu pada waktu ini.
keluarga aku. pekara ini selalu menjadi persoalan buat aku.
aku akan termenung seketika. bagaimana aku nanti.
bila punya sebuah keluarga.
adakah aku mampu menjadikan keluarga aku seperti
apa yang di tuntut oleh islam?
adakah aku mampu mengawal segalanya?
adakah aku boleh menjadi pemimpin terhadap keluarga aku?

keadaan itu juga aku harus berhadapan beberapa ragam manusia
untuk aku menakluki minda mereka bagi mematuhi arahan aku.

ya inilah sedang terjadi kepada mama dan arwah papa
mereka berhadapan dengan 5 jenis ragam di dalam keluarga.
along, angah, aku, achik & adik....
mereka akan bangun pagi setiap hari bagi menakluki minda
kami untuk terus menyanyangi dan mematuhi arahan mereka.
bagaimana pula kami menentang mereka?
bagaimana perasaan mereka? terguris?
bagaimana pula kami memberontak sesuatu hal
apa yang harus mereka lakukan?
pernah kami fikirkan? tidak bukan.
jadi besar sungguh tanggungjawab mereka
terhadap kami bagi membentuk sebuah keluarga yang terkawal.

sekarang, aku sudah punya kehidupan aku
aku rasa tertekan dengan kepelbagaian hal yang membuatkan aku
rasa takut, sedih, kecewa, tidak yakin terhadap apa yang berlaku.
aku tak kuat untuk semua ini.
aku perlukan seseorang yang kuat bagi mendampingi aku.
yang ragamnya tak macam-macam untuk menunjukkan arah yang
betul terhadap aku. aku memang seorang yang berfikiran negatif.
aku harap, suatu hari nanti aku boleh mengikis pekara ini
keluar dari diri aku sendiri

aku memang orang yang lemah dan pelik ragamnya.
macam mana untuk orang macam aku melalui satu kitaran hidup
yang sempurna sedangkan aku sendiri pun tidak kuat?



p/s: thanx to kak nat, kak intan and kak manis yang x henti2 bagi sokongan serta dorongan kepada aku untuk teruskan hidup yang penuh berliku ini... seriously... thanx a lot... to kak intan especially, Eskapisminda akak byk tolong dalam gaya bahasa utk blog eeri nieh!!! hahaha... such a great teacher!!!!

Tuesday, November 23, 2010

tajuk KOSONG




dalam tempoh beberapa hari ini, macam-macam pekara terjadi. aku rasakan pekara-pekara ini semua adalah sebagai satu peringatan buat aku untuk jadi lebih berhati-hati, percaya pada diri sendiri, dan sedia dalam apa jua keadaan sekalipun. rasanya inilah sebahagian daripada dugaan yang agak luar biasa aku lalui.

entahlah, aku tak tahu nak meletakkan diri aku pada waktu tu. sudahnya pekara itu sepertinya tiada apa-apa yang berlaku. senyap sebegitu sahaja. dan aku tertanya apa sebenarnya terjadi? seyes blur...

dalam tempoh beberapa hari ini juga, ada byk pekara yang membuatkan aku kecik hati. aku tahu silap aku, aku cuba baiki. sedar-sedar rupanya sudah tak ada peluang. dah di berikan kepada orang lain. tak sangka melepas macam tu sahaja. tak apalah. nak bising pun tak ada gunanya. walaupun benda tu BUKAN aku yang buat... orang lain memang suka tengok bila kita nie gaduh ngan mmber baik sendiri... apepun, yang kat ATAS tu tahu ape yang berlaku sebenarnya..

punca keadaan itu datangnya entah dari mana. pada waktu ini minat aku terhadap photography agak berkurangan. klu lukis dengan graf.. memang menjunam jatuhnya... kerana aku lebih fokus terhadap pencarian yang lebih berbaloi dan menguntungkan aku dimasa hadapan. aku masih mengkaji & meneliti tentang hidup aku sendiri... masih lagi samar-samar... entah mana tujuan aku sebenarnya...minta maaf banyak-banyak untuk family aku...

dalam tempoh beberapa hari ini, aku akan cuba untuk mengenal pasti siapa beberapa manusia yang sedang dan bakal mempergunakan aku. terima kasih banyak-banyak. aku rasa bersyukur untuk ini. jangalah nak menipu sesuatu yang aku sudah tahu jawapanya. jangan sampai aku buang kau dari hidup aku. korang mahu gunakan aku demi kepentingan peribadi dan matlamat hidup korang masing-masing. kesian ada manusia seperti korang. PARASIT!!!! moga Allah tunjuk siapa yang benar siapa yang tidak. sekurang2nya mata yang menuduh aku tu celik sedikit dan tahu sape aku sebenarnya.. pada waktu itu, jangan harap la aku akan maafkan kau lagik... even muka kau pun aku sudah x mahu tengok lagik..

dalam tempoh beberapa hari ni, baru aku sedar yang aku telah mengumpulkan satu koleksi ragam jenis manusia disekeliling aku nieh.... bongok betul aku. sekarang dah bertimbun segala jenis ragam & perangai manusia... habislah... yang mana telah BERJAYA memburukkan nama aku itu.. ape2 pun... Allah tu tetap berada dengan pihak yang benar.. TAKBIR!!!!



p/s: akan ke masjid di Malaysia pada Nov 25th, untuk angkat sumpah bagi membersihkan nama sendiri daripada terus difitnah bulat2 dari PARASIT-PARASIT yang banyak disekeliling persekitaran aku... kalau tak buat, buat apa nak takut untuk bersumpah didalam masjid, dihadapan sambil menjunjung Al-Quran. kalau setakat nak jadi saksi, aku x perlukan kamu sebab kamu x berani nak tanggung ape yang kamu telah lakukan atas aku...

Wednesday, November 3, 2010

Kerja?!!!!

Satu hari aku mahu bangun dari tidur. Kemudian lelapkan mata kembali. Bayangkan tiada apa-apa yang patut aku buat. Tidak perlu fikirkan apa-apa masalah.

Bila aku sedar.

Itu tak wujud sebenarnya.

Expectation terhadap perkara itu tak pernah setaraf dengan kehidupan yang sebenar.

Aku patut bangun mandi dan gosok gigi.

Pergi kerja.

Balik kerja.

Dan tidur.

Kemudian kerja semula.

Kerana sebenarnya hidup adalah untuk kerja. Kita menjadi hamba kepada kerja. Siapa nak bayar sewa rumah?. Siapa nak bayar elektrik?. Siapa nak beri aku makan?.

Di mana tempat dalam dunia ni diberi secara percuma?. Yang mana tempat itu hanya aku perlu menonton televisyen sambil menghirup secawan kopi.

Gatal kepala aku memikirkan sesuatu yang tak logik.

Jadi aku kene terus bekerja dan bekerja. Kalau penat sangat, aku akan tonton filem Coyote Ugly Setidaknya aku rasa kuat kembali.