Thursday, April 15, 2010

antara rakan, sahabat dan kawan


Tuhan ciptakan kita berbeza-beza.Kalau tak bosan la dunia kan.Jadi oleh itu, kita ada ramai kawan,sahabat,teman yang pelik-pelik, sukar untuk difahami dan aneh. This is happen when aku lepak2 ngan mmber2 aku kat Mali's Taman Bunga Raya yg famous tuh.... bukan je laptop, sign in blogger website then terus jari jemari aku laju menaip pasal entry kali nieh. actually aku nie jenis org yg observer with what happen around me...

Aku bagi contoh la:

1) Kawan 1 -- Dia nih tak kan/sukar la nak balas call/sms aku dengan pantas/kadar segera.Pelbagai alasan diberikan yang terkadang membuatkan aku loya tekak seperti perempuan mengandung satu bulan.Tapi kalau dia perlukan korum untuk aktiviti kegemaran dia, dia pasti akan call/sms aku dan aku pasti akan menjawab nya.tapi yang pelik nya dia akan jawab sms aku balik dengan kadar yang segera dan sepantas kelajuan 3G. camner tuh? Mungkin dia anggap aku hanya kawan yang macam itu aje.Terima ajer.

2) Kawan 2 -- Dia nih pun sama.time biasa-biasa takde la nak call/sms aku, tanya khabar ke apa.Alasan dia sibuk keje.Persoalan nya sibuk keje ke atau sibuk layan laki ko? Perdana Menteri tuh pun sibuk lagi dari ko tapi ada je time kot nak melawat orang sakit/memerlukan ke..kan?Tapi, bila dia ada problem (terutamanya berkenaan dengan kenderaan) dia pasti akan call dan mintak tolong aku.Setiap call/sms dia pasti dimulakan dengan kata kata hikmat seorang PR yang berjaya (sorry I'm not buying them), kemudian baru la dia start ngan kenapa dia call/sms... sedih.Aku nih yang bodoh pun duk la melayan/tolong dia.walaupun hati tak ikhlas.serius,tak ikhlas.Tak kisah la kalau tak dapat pahala.tak luak pun buku pahala kat bahu kanan aku nih.terima kasih.

3) Kawan 3 -- dia nih kalau bercakap memang kalah orang nak bertanding pilihan raya.membuatkan seseorang akan terfikir betapa hebatnya pengetahuan nya yang sebenarnya tak la seberapa.Bila dia senang,dia memang senang.Kalau kuar makan sama takde la volunteer nak bayarkan (walaupun aku tak mintak dan aku mmg segan kekadang kalau orang bayarkan food aku).Tapi skang dia susah,so ada la gak dia ajak aku memayungkan dia karaoke atau burger jalanan.Tapi masa tak benarkan agaknya.Aku pun memang nak tolong,dengan cara dia kene tolong aku la.Aku suruh dia pasarkan toys aku di laman sesawangnya dan hasil jualan itu akan diberi komisen.Malang sekali,dia yang tak nak tolong diri sendiri.Kemudahan dah ada cuma kudrat dan pemikiran melayu yang suka ditongkatkan atau dipayungkan ketika hujan/susah.Sedangkan dia takde pun nak tongkatkan / payungkan kita ketika kita yang susah.So skang, kalau ko nak senang,ko kene tolong diri sendiri.Orang tak kan tolongkan, kalau ada pun ko sangat sangat bertuah.itu nasihat aku.dan skang dia datang minta tolong, sorry, bukan aku tak nak tolong,bukan aku tak mampu nak tolong.tapi aku rasa aku tak perlu tolong orang macam nih buat sementara waktu.sedih aku.

So akhir cerita, aku bukan nak buka pekong di dada/ aibkan orang.Aku pun bukan la perfect macam prefect.haha.Tuhan tuh cipta kita berbeza-beza.dan Tuhan dah beri aku kawan yang camnih.So bila kita dah tau, kawan kita tuh ada perangai pelik-pelik macam taik minyak/taik itik, kita jangan la buang dia.kita harus buat limit/batas untuk orang-orang yang macam nih.

Saper yang baca dan terasa, pick up the fon dan call la kawan ko yang ko duk perlekehkan tuh.SMS pun baru 10-20 sen ajer kan.Apa la salahnya kita spend duit sebanyak itu untuk arti sebuah ikatan persahabatan yang kekal selamanya.sebab kekadang kita tak tau bila kita perlukan dia dan dia perlukan kita.A simple hello and how are you won't hurt your phone bill.Trust me.

4 comments:

cindir-rela said...

eeri,
dah semakin pndai menulis skang ni...

gud opinion, gud point of view...

eeri jeremiah ivanovic said...

hahhaha.. x dek la semakin pandai menulis pun nora, aku just tulis ape yang aku tengok dan rasa dgn ape yang berlaku disekitar aku... wah aku nak komen sendiri pun berbelit2, takut disalah tafsir bagi sesetengah pihak... kita cakap lain, tpi org pk lain... susah kan?!

Eskapisminda said...

Oh satu lagi entri berkenaan kawan ye? Saya sekarang hati sudah kebal. (mungkin sudah tua). Nak berkawan dengan orang yang jujur sahaja. Kalau yang tak jujur tu datang terima jugak , tapi terima olok-olok. boleh? dah kejujuran dia pun olok-olok?

LipSTicKz said...

ermm.. kwn suka sng dicari, kwn duka.. sndri yg balut luka..