Tuesday, December 28, 2010

KARMA

sebenarnya kalau di ikutkan hati ni memang banyak benda nak tulis. tapi aku di sekatkan dengan perasaan takut. takut untuk di nilai oleh orang lain melalui luahan aku di sini. memang sebelum aku menulis aku akan memikirkan apa rasionalnya aku menulis sesuatu pekara, adakah mengikut emosi atau sekadar mahu berkongsi. semuanya bercampur aduk.

aku cuba menghayati kehidupan, memahami masalah dan mengesan inspirasi untuk kehidupan aku. memang aku banyak berfantasi tentang kehidupan yang tidak mungkin aku genggam semuanya dalam sepanjang kehidupan aku, tapi secara realitinya aku lebih menyukai kehidupan aku dengan penuh naik turunnya. kerana pada setiap waktu aku akan berfikir mengenai tentang apa yang telah aku lalui adakah berisi atau kosong.

pada saat aku menulis ini, aku sedang memikirkan tentang bagaimana caranya untuk menjadikan diri aku ini seorang yang punya ketegasan. sebenarnya aku seorang yang begitu lemah. aku mudah percayakan orang, aku mudah menjadikan kawan sebagai teman dan kesudahanya teman menjadi lawan. lawan yang aku utarakan adalah lawan dari aspek lain dan juga aspek itu.

untuk pekara-pekara sebelum ini cukup sudah membuatkan hati aku wujud perasaan tidak puas hati dengan mereka. bagus bukan bila mereka menjadi pencetus segalanya. tetapi siapa yang tahu di sebalik yang berlaku? sudah tiba waktunya untuk aku bergerak dengan diri aku sendiri. aku tak nak wujud di sebalik bayangan mereka walaupun dalam reality ini.

Inilah masalah yang sedang aku hadapi. aku memang lemah untuk melawan balik kerana daripada aku mengeruhkan lagi keadaan, ada baiknya kalau aku keluar dari masalah ini dengan melakukan hal aku sendiri. sebabnya tiada apa yang aku dapat kalau aku bergaduh dengan sesuatu yang sudahnya adalah sia-sia. arwah papa aku pernah cakap kat aku “biar orang buat kita, jangan kita buat orang lain”. Aku percaya pada konsep hukum karma. biakan mereka selesa dengan kehidupan mereka sekarang, kerana aku percaya ada habuan untuk mereka pada masa yang akan datang. Mereka akan rasai apa yang aku lalui sekarang ini. Itulah KARMA

Sunday, December 19, 2010

Mengaku?!

pernah tak kita kita ni mengaku kalau kita buat salah? aku bajet mesti lebih 85% yang tak pernah mengaku. mesti punya. contoh paling terdekat, aku. aku selalu stalk mmber2 dekat facebook, dekat twitter. tapi aku tak pernah nak mengaku. eh kejap, selalu aku mengaku je kalau aku stalk. kau bukan Hillary Clinton @ Rosmah Mansur pun...

Macam mana la nak mengaku atas benda yang kita terang2 tak tahu menahu dan x ambil tahu sama sekali?! biarlah diorg point finger kat aku, tapi kene ingat lagik 4 finger lagik point kat diri sendiri.. okies?
kejap cari contoh lain.
hmm.
okay, contoh dah jumpa. contoh paling dekat, aku. aku x pernah luahkan prasaan aku kat orang. tapi aku mana pernah nak mengaku aku luahkan prasaan. eh kejap. bukan ke orang x pernah pikir aku nie x ada perasaan... aku manusia gak la sengal!!!

contoh lain contoh lain.
aku sebagai contoh. aku cukup tak suka bila kawan tikam belakang kawan aku. tapi pernah pulak aku tulis dalam blog ni, yang aku tikam belakang kawan aku? mestilah tak pernah. gila apa nak mengaku? tentu tentu orang gila tepi jalan tu tak pernah nak mengaku yang dia gila. kan?

aku bagi contoh lagi satu. kau kena tahan polis, sebab langgar traffic light merah. tapi kau seboleh cakap yang kau tak langgar kan dekat abang polis tu kan?
ha? kau tak cakap yang kau langgar?
tengok. kau dah buat benda yang aku cakap ni.
kau dah buat salah, mestilah kau taknak ngaku yang kau buat salah kan?

p/s: kepada sesiapa yang "buat" kat aku @ sesiapa je la yang kena... ingat2 la sket klu x mengaku pun.. coz klu kau tak mengaku pun.. yang atas tu nampak ape yang kau buat tuh... so.. point finger to diri sendiri dulu sebelum point finger kat org lain.. okies?! Tuhan sekarang bayar Cash.. no credit card accepted ok!! even AMEX skali pun.. so.. kata KRU.. Diam adalah Pintar..

Friday, November 26, 2010

R.A.G.A.M



manusia ada punya banyak ragam,
kadang-kadang kita dapat jangka ragam mereka
dan kadang-kadang juga kita terkejut melihat ragam mereka.
yea...
mereka MEMANG banyak ragam..
kerana Ragam mereka itu sendiri membuatkan orang lain meragam..

sesekali aku tertanya pada diri aku
bagaimana mereka dengan ragam mereka di satukan
dalam situasi dan keadaan yang berbeza dengan
apa yang di visualkan oleh mata aku terhadap mereka.

aku risaukan sesuatu pada waktu ini.
keluarga aku. pekara ini selalu menjadi persoalan buat aku.
aku akan termenung seketika. bagaimana aku nanti.
bila punya sebuah keluarga.
adakah aku mampu menjadikan keluarga aku seperti
apa yang di tuntut oleh islam?
adakah aku mampu mengawal segalanya?
adakah aku boleh menjadi pemimpin terhadap keluarga aku?

keadaan itu juga aku harus berhadapan beberapa ragam manusia
untuk aku menakluki minda mereka bagi mematuhi arahan aku.

ya inilah sedang terjadi kepada mama dan arwah papa
mereka berhadapan dengan 5 jenis ragam di dalam keluarga.
along, angah, aku, achik & adik....
mereka akan bangun pagi setiap hari bagi menakluki minda
kami untuk terus menyanyangi dan mematuhi arahan mereka.
bagaimana pula kami menentang mereka?
bagaimana perasaan mereka? terguris?
bagaimana pula kami memberontak sesuatu hal
apa yang harus mereka lakukan?
pernah kami fikirkan? tidak bukan.
jadi besar sungguh tanggungjawab mereka
terhadap kami bagi membentuk sebuah keluarga yang terkawal.

sekarang, aku sudah punya kehidupan aku
aku rasa tertekan dengan kepelbagaian hal yang membuatkan aku
rasa takut, sedih, kecewa, tidak yakin terhadap apa yang berlaku.
aku tak kuat untuk semua ini.
aku perlukan seseorang yang kuat bagi mendampingi aku.
yang ragamnya tak macam-macam untuk menunjukkan arah yang
betul terhadap aku. aku memang seorang yang berfikiran negatif.
aku harap, suatu hari nanti aku boleh mengikis pekara ini
keluar dari diri aku sendiri

aku memang orang yang lemah dan pelik ragamnya.
macam mana untuk orang macam aku melalui satu kitaran hidup
yang sempurna sedangkan aku sendiri pun tidak kuat?



p/s: thanx to kak nat, kak intan and kak manis yang x henti2 bagi sokongan serta dorongan kepada aku untuk teruskan hidup yang penuh berliku ini... seriously... thanx a lot... to kak intan especially, Eskapisminda akak byk tolong dalam gaya bahasa utk blog eeri nieh!!! hahaha... such a great teacher!!!!

Tuesday, November 23, 2010

tajuk KOSONG




dalam tempoh beberapa hari ini, macam-macam pekara terjadi. aku rasakan pekara-pekara ini semua adalah sebagai satu peringatan buat aku untuk jadi lebih berhati-hati, percaya pada diri sendiri, dan sedia dalam apa jua keadaan sekalipun. rasanya inilah sebahagian daripada dugaan yang agak luar biasa aku lalui.

entahlah, aku tak tahu nak meletakkan diri aku pada waktu tu. sudahnya pekara itu sepertinya tiada apa-apa yang berlaku. senyap sebegitu sahaja. dan aku tertanya apa sebenarnya terjadi? seyes blur...

dalam tempoh beberapa hari ini juga, ada byk pekara yang membuatkan aku kecik hati. aku tahu silap aku, aku cuba baiki. sedar-sedar rupanya sudah tak ada peluang. dah di berikan kepada orang lain. tak sangka melepas macam tu sahaja. tak apalah. nak bising pun tak ada gunanya. walaupun benda tu BUKAN aku yang buat... orang lain memang suka tengok bila kita nie gaduh ngan mmber baik sendiri... apepun, yang kat ATAS tu tahu ape yang berlaku sebenarnya..

punca keadaan itu datangnya entah dari mana. pada waktu ini minat aku terhadap photography agak berkurangan. klu lukis dengan graf.. memang menjunam jatuhnya... kerana aku lebih fokus terhadap pencarian yang lebih berbaloi dan menguntungkan aku dimasa hadapan. aku masih mengkaji & meneliti tentang hidup aku sendiri... masih lagi samar-samar... entah mana tujuan aku sebenarnya...minta maaf banyak-banyak untuk family aku...

dalam tempoh beberapa hari ini, aku akan cuba untuk mengenal pasti siapa beberapa manusia yang sedang dan bakal mempergunakan aku. terima kasih banyak-banyak. aku rasa bersyukur untuk ini. jangalah nak menipu sesuatu yang aku sudah tahu jawapanya. jangan sampai aku buang kau dari hidup aku. korang mahu gunakan aku demi kepentingan peribadi dan matlamat hidup korang masing-masing. kesian ada manusia seperti korang. PARASIT!!!! moga Allah tunjuk siapa yang benar siapa yang tidak. sekurang2nya mata yang menuduh aku tu celik sedikit dan tahu sape aku sebenarnya.. pada waktu itu, jangan harap la aku akan maafkan kau lagik... even muka kau pun aku sudah x mahu tengok lagik..

dalam tempoh beberapa hari ni, baru aku sedar yang aku telah mengumpulkan satu koleksi ragam jenis manusia disekeliling aku nieh.... bongok betul aku. sekarang dah bertimbun segala jenis ragam & perangai manusia... habislah... yang mana telah BERJAYA memburukkan nama aku itu.. ape2 pun... Allah tu tetap berada dengan pihak yang benar.. TAKBIR!!!!



p/s: akan ke masjid di Malaysia pada Nov 25th, untuk angkat sumpah bagi membersihkan nama sendiri daripada terus difitnah bulat2 dari PARASIT-PARASIT yang banyak disekeliling persekitaran aku... kalau tak buat, buat apa nak takut untuk bersumpah didalam masjid, dihadapan sambil menjunjung Al-Quran. kalau setakat nak jadi saksi, aku x perlukan kamu sebab kamu x berani nak tanggung ape yang kamu telah lakukan atas aku...

Wednesday, November 3, 2010

Kerja?!!!!

Satu hari aku mahu bangun dari tidur. Kemudian lelapkan mata kembali. Bayangkan tiada apa-apa yang patut aku buat. Tidak perlu fikirkan apa-apa masalah.

Bila aku sedar.

Itu tak wujud sebenarnya.

Expectation terhadap perkara itu tak pernah setaraf dengan kehidupan yang sebenar.

Aku patut bangun mandi dan gosok gigi.

Pergi kerja.

Balik kerja.

Dan tidur.

Kemudian kerja semula.

Kerana sebenarnya hidup adalah untuk kerja. Kita menjadi hamba kepada kerja. Siapa nak bayar sewa rumah?. Siapa nak bayar elektrik?. Siapa nak beri aku makan?.

Di mana tempat dalam dunia ni diberi secara percuma?. Yang mana tempat itu hanya aku perlu menonton televisyen sambil menghirup secawan kopi.

Gatal kepala aku memikirkan sesuatu yang tak logik.

Jadi aku kene terus bekerja dan bekerja. Kalau penat sangat, aku akan tonton filem Coyote Ugly Setidaknya aku rasa kuat kembali.

Saturday, October 16, 2010

Tiba-tiba

Kawan virtual lebih jujur berkawan daripada kawan kenal lama. Semua orang mesti ada krisis pasal kawan. Macam komputer. Mula-mula baik. Cantik. Mantap. Berisi. Lama-lama sebar virus. Jadi perosak.

Semua orang nak berubah. Semua orang tukar relationship status dalam facebook. Semua orang nak supra. Semua orang nak cerita pasal raya. Semua orang nak tag profile picture konon mantap dalam facebook, kalau boleh semua orang dalam friendlist. Semua orang nak jadi urban. Semua orang nak provoke. Semua orang nak bertekak. Semua orang nak tulis entry sampah. Bosan.

I manusia paling pemalas dalam dunia.

P/S: Tak mampos hilang kau.
"Portrait of the Unspoken"



I promise nothing will change between us
Whatever you tell me,
won't change how i feel about you
Do you have something you want to tell me??!


SEKSUALITI MERDEKA LAUNCH -
"Portraits Of The Unspoken"
Art Exhibition + "Family Outing" Theatre Forum
Annexe Gallery Central Market


Seksualiti Merdeka is a much needed frank look at the very core of all us human beings, our sexuality, and the diversity that lies within. We need to accept and then celebrate.” – Datin Paduka Marina Mahathir

Friday, October 15, 2010

saya bukan BUDGET HOT!!!!! heheheh



nie bukan nak cite pasal PM ok... nie nak cite pasal PM bentang Budget 2011... yg meriah je la aku amik ok! terutamanya yang berkaitan dengan industri hiburan dan belanjawan.



Manakala, korang yang bergelar wanita semulajadi, wanita buatan mcm kak Elle ataupun Azwan Ali sudah tentu melonjak riang apabila semua duti import untuk barangan berjenama seperti Louis Vuitton, YSL, Ted Barker mahu pun La Senza akan dimansuhkan. Katenye nak ikut konsep kerajaan yang nakkan Malaysia sebagai syurga membeli belah bagi kawasan Asia.. gitew....
*ramai la adik2 yang lama verangan nak pakai LV bagai.... termakbul cita2 diorg... mampu?!


korang sekarang boleh ada smartphone seperti Blackberry, Iphone 4 atau Android apabila kerajaan mengumumkan cukai jualan akan dimansuhkan untuk produk tersebut.
*x ke sentap yang mana beli b4 budget nieh... da la mahal... bleh plak kerek bagai ngan yg x pakai iPhone bagai nieh ken...



pembuat filem, drama & dokumentari, sebanyak RM200 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk menjana aktiviti-aktiviti dunia hiburan & perfileman tanah air.
*agak2 korang, ape genre movie David Teo akan buat nnti klu ade peruntukan 200juta nieh? kelakar btol bila pikir dia bercakap melayu... xcited btol...

Bagi korang yang gila Facebook and many others, cukai import dan cukai jualan untuk broadband akan dikecualikan sehingga tahun 2012
*murahmeriah... mengadapla korang internet 24hours x payah kerje...

Wednesday, October 13, 2010

bila terlalu memilih kawan!!!!!



perlu ke double standard?!

perlu ke rampas kawan dari kawan sendiri?

perlu ke bermuka2 bila depan2?

perlu ke gunakan kawan2 untuk kepentingan sendiri?!

perlu ke ko nak cover yang ko tu sebenarnya ada isu ngan aku? bila aku tanye... x dek benda... sampai umah je, sms masuk... cakap macam2... da x puas hati tu , bgtau je la x puas hati... babi btol!

perlu ke ko nak prasan bagus?!

perlu ke ko nak canang satu dunia yg ko tu bagus sangat?

ade aku kisah semua persoalan kat atas nieh?

jawapannya: PEGI MAMPOS KAU!!!!!!!!


pic: credit to mus... open house umah g-jie ngan affa kat pandan jaya... g-jie... iols suka ice cream cake itew!!!!!
*senyum sinis tu ade makna.. duduk sebelah2... walaupun malu2, nak wat cam ner ah opss.... Hati2 yeah!!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Thursday, July 1, 2010

Kerana nyamuk Berparty, manusia berdenggi


sure korang kenal mamat yg tengah pose kat umah api time raya kat umah aku last year kat Kota Bharu... Sulhi.. my best friend... Tajuk posting kali nie mmg x dek kaitan langsung ngan aku... bukan aku yang kene denggi la... klu aku kene denggi, harus satu Malaysia datang tengok aku kat spital kan... hahahah... da seminggu da aku rasanya aku tengok dia last week kat Hospital Az-Zahra Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.. dia kluar last Monday if i'm not mistaken...

A day before aku g tengok dia kat hospital, dia ade call aku... lama gak la x contact... masing2 busy ngan keje masing2... Busy mengalahkan Perdana menteri ke masalahnye? hahahah... tu pun dia call aku time aku tertido dalam kereta kat depan Bangunan MAS JAlan Sultan Ismail, KL dalam kol 925mlm.... Tengah best2 tdo tetibe je Lady Gaga nanyik lagu "Telephone" ngan Beyonce kat telinga aku nieh... Capai je phone terus jawab dlm tengah mamai tuh.... Suara macam familiar je.... ala2 dengar x dengar memandangkan aku tengah best tido time tu even dalam kereta... Tetibe je tanye aku "Wei babe, ko kenal x sape nie?!" confuse kejap... tengok no phone x kenal... tapi suara familiar... oh Sulhi rupenye... no wonder la familiar je suara ko tuh... Aku sempat tanye no sape ko pakai nie then battery phone aku mati terus... may be tunggu Blackberry kot... hahhahaha... seyes aku x sempat nak tanye ape benda... tetibe je call aku for a months... sure ade benda yang x kene nieh.... sampai je umah... aku sms balik no yg aku x kenal tuh... rupenye adik dia yg bgtau what happen tu him... kene Denggi.... masuk spital kat SS9... adik dia pesan, klu sempat pegi la tgk dia erk.... baeklah...

Aku nie jenis x leh btol la klu dgr mmber2 aku masuk spital nieh... ade je rasa x kene klu x g tengok diorg... mcm past few months ago... aku x sempat tgk mmber aku Koi D'Luca, former manager si Faizal Tahir tuh kat spital... a day before dia meninggal tuh, dia ada ajak lepak skali... tpi aku malas sgt nak kluar... tak sangka plak yg dia ajak lepak tu hari terakhir dia nak tengok aku... terasa btol aku time dengar dia da x dek... so, benda da jadik skali... x kan nak bagi kali kedua plak kan... anyway, Koi, FT nanyik lagu "Selamat Malam" kat AIM dan ade gambo ko skali dlm tuh... so aku g jugak la tengok si Sulhi nieh.... x nak rasa bersalah buat kali kedua ngan mmber2 aku... gitew....

So, aku pegi la sana, tengok dia... masuk2 je bilik, aku nampak muka terkejut dia... macam nampak hantu sgt... hahahah... aku pun da macam hantu kot... may be da dia x expect langsung aku datang tengok dia... memang nmpk sangat la muka terkejut tuh... borak punye borak.. Si Sulhi nie cite la macam mana dia kene denggi nieh.... Balik je keje nak mandi katenye... bertowel bagai... ngan tingkap x tutup time petang2 maghrib... at last tdo kat sofa sambil bertowel..... tu la... org da cakap... time maghrib kene tutup sume tingkap... bukan stakat x nak bg setan2 masuk umah tpi nyamuk2 jugak naik hantu yea time2 nieh.... ape lagik... si nyamuk pun berparty la giget dia yang bertowel tuh.... that's why la dia kene.... kesian kan... mcm tu je leh kene... makan benarlah kata Karam Singh Walia... "Kerana nyamuk berparty, habes manusia berdenggi" hehehehhehehe... ha... bawah nie aku ade sempat record sulhi kene cucuk... tebuk tangan buat lubang bg masuk air.... korang tgk rr erk.... *sulhi takut jarum rupenye.... *larik!!!!!!


* p/s: moga sehat selalu yeah! x mo pakai towel time nak mandi dan tertido bila tingkap x tutup tau! nnti nyamok giget lagik!


Friday, June 18, 2010

Happy Father's Day... Papa!!!!!


Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah

Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya

Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela

Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Oh~ Ayah

Oh~ Ayah

Tuesday, June 15, 2010

lama x updated blog


owh... it's almost 3 weeks aku x updated aku punye blog nieh.... pic pun busan kan... tetibe je nak updated blog tatkala bertopi Jason Mraz di kepala, alunan lagu "Bisikan Hati" walaupun tersangkut2 loading kat Youtube gara2 terpengaruh ngan akak aku Manja yang sering berkumandang di telinga hampir seminggu nie (kuat btol pengaruh akak aku kat aku nieh), mulut plak x henti2 mengunyah coklat dari Langkawi, pada masa yang sama, suasana gelap malam yang berangin sepoi2 bahasa melalui kipas yang speednya x leh di adjustkan kelajuannya... panas ok malam nie...

nak cite ape erk? da 2 tahun da umo blog aku nieh time May 3rd arituh..... cepat je masa berjalan kan... erm... x dek idea btol kepala otak nie nak updated ape... kosong je rasa sejak x keje nieh... klu x, ade je benda nak update n share ngan korang..... nak bercerita pasal World Cup kat Africa Selatan tuh, aku x minat plak pasal bola2 nie... nak cite pasal vacation aku kat Lang Tengah arituh pun mcm x larat plak nak bercerita... anyway... ramai yg suka pic2 masa kat Lang Tengah last month arituh... "Malaikat Di Pintu Syurga" gitew..... may be next post aku leh share ngan korng pasal Lang Tengah tuh...

Actually, aku seyes x dek idea nie... merapu je nie... aku tulis ape yang aku nak tulis je... buat masa nieh... aku banyak kemas umah, makan, tdo, interview... then aku repeat je benda yang sama hari2... bak kata che pi, " Nak tulis kisah chenta, aku takde cerita cinta. Politik? Aku tak minat. Jalan-jalan journal? Aku jalan-jalan sekali setahun je. Movie? Dah ramai sangat yang buat. Tempat makan pun sama jugak. Ramai yang dah buat sumbangan pasal bende2 ni." May be time nie x kena macam yang slalu aku updated blog aku tengah2 pagi buta... Once again... seriously i have no idea what should i blog on.... [mode: blur]



Tuesday, May 25, 2010

x ada kaitan ngan aku... ok?!




Give me a reason to fall in love
Take my hand and let's dance
Give me a reason to make me smile
Cause I think I forgot how

I wanna fall asleep with you tonight
I wanna know that I am safe when you hold me tight
I wanna feel like I wanna feel forever

Girls need attention, and boys need us
So let's make everybody glad
That they have each other in each others arms
Oh let's make everybody glad

I want you

I wanna dream away with you tonight
We can go anywhere you would like
I wanna feel how I wanna feel forever

(Instrumental)

I want you



Thursday, April 15, 2010

Cukup dengan salam dan manis doa

Sila Jawab dengan seikhlas hati...jangan nak bohong bangsat ..Tuhan tau

Kalau korang tengah susah/senak/nazak/nak mampos, korang mesti ingat at least a friend that you might think that he/she could help you out from that misery,kan?

Lepas tuh member korang tuh dah la tolong korang pastuh korang pun kira dah terlepas dari misery tuh.

Skang nih korang tengah senang/ada duit lebih/masa tengah banyak, korang ada ke terfikir yang korang nak call atau ajak member yang pernah bersusah payah tolong korang tuh untuk blanja makan ker atau at least wish that person a fucking happy birthday ke kan? ada? jujur? tak tipu? Alif Lam Lam Ha? Ikhlas?

Aku emo nih sebab dengar lagu baru dari Imran Ajmain.and I am more concern about the lyrics in the song rather than the melody ....

Here is the partial of the song - Selamat Ulang Tahun - Imran Ajmain

"Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa "

He's right ... Dammit ...

antara rakan, sahabat dan kawan


Tuhan ciptakan kita berbeza-beza.Kalau tak bosan la dunia kan.Jadi oleh itu, kita ada ramai kawan,sahabat,teman yang pelik-pelik, sukar untuk difahami dan aneh. This is happen when aku lepak2 ngan mmber2 aku kat Mali's Taman Bunga Raya yg famous tuh.... bukan je laptop, sign in blogger website then terus jari jemari aku laju menaip pasal entry kali nieh. actually aku nie jenis org yg observer with what happen around me...

Aku bagi contoh la:

1) Kawan 1 -- Dia nih tak kan/sukar la nak balas call/sms aku dengan pantas/kadar segera.Pelbagai alasan diberikan yang terkadang membuatkan aku loya tekak seperti perempuan mengandung satu bulan.Tapi kalau dia perlukan korum untuk aktiviti kegemaran dia, dia pasti akan call/sms aku dan aku pasti akan menjawab nya.tapi yang pelik nya dia akan jawab sms aku balik dengan kadar yang segera dan sepantas kelajuan 3G. camner tuh? Mungkin dia anggap aku hanya kawan yang macam itu aje.Terima ajer.

2) Kawan 2 -- Dia nih pun sama.time biasa-biasa takde la nak call/sms aku, tanya khabar ke apa.Alasan dia sibuk keje.Persoalan nya sibuk keje ke atau sibuk layan laki ko? Perdana Menteri tuh pun sibuk lagi dari ko tapi ada je time kot nak melawat orang sakit/memerlukan ke..kan?Tapi, bila dia ada problem (terutamanya berkenaan dengan kenderaan) dia pasti akan call dan mintak tolong aku.Setiap call/sms dia pasti dimulakan dengan kata kata hikmat seorang PR yang berjaya (sorry I'm not buying them), kemudian baru la dia start ngan kenapa dia call/sms... sedih.Aku nih yang bodoh pun duk la melayan/tolong dia.walaupun hati tak ikhlas.serius,tak ikhlas.Tak kisah la kalau tak dapat pahala.tak luak pun buku pahala kat bahu kanan aku nih.terima kasih.

3) Kawan 3 -- dia nih kalau bercakap memang kalah orang nak bertanding pilihan raya.membuatkan seseorang akan terfikir betapa hebatnya pengetahuan nya yang sebenarnya tak la seberapa.Bila dia senang,dia memang senang.Kalau kuar makan sama takde la volunteer nak bayarkan (walaupun aku tak mintak dan aku mmg segan kekadang kalau orang bayarkan food aku).Tapi skang dia susah,so ada la gak dia ajak aku memayungkan dia karaoke atau burger jalanan.Tapi masa tak benarkan agaknya.Aku pun memang nak tolong,dengan cara dia kene tolong aku la.Aku suruh dia pasarkan toys aku di laman sesawangnya dan hasil jualan itu akan diberi komisen.Malang sekali,dia yang tak nak tolong diri sendiri.Kemudahan dah ada cuma kudrat dan pemikiran melayu yang suka ditongkatkan atau dipayungkan ketika hujan/susah.Sedangkan dia takde pun nak tongkatkan / payungkan kita ketika kita yang susah.So skang, kalau ko nak senang,ko kene tolong diri sendiri.Orang tak kan tolongkan, kalau ada pun ko sangat sangat bertuah.itu nasihat aku.dan skang dia datang minta tolong, sorry, bukan aku tak nak tolong,bukan aku tak mampu nak tolong.tapi aku rasa aku tak perlu tolong orang macam nih buat sementara waktu.sedih aku.

So akhir cerita, aku bukan nak buka pekong di dada/ aibkan orang.Aku pun bukan la perfect macam prefect.haha.Tuhan tuh cipta kita berbeza-beza.dan Tuhan dah beri aku kawan yang camnih.So bila kita dah tau, kawan kita tuh ada perangai pelik-pelik macam taik minyak/taik itik, kita jangan la buang dia.kita harus buat limit/batas untuk orang-orang yang macam nih.

Saper yang baca dan terasa, pick up the fon dan call la kawan ko yang ko duk perlekehkan tuh.SMS pun baru 10-20 sen ajer kan.Apa la salahnya kita spend duit sebanyak itu untuk arti sebuah ikatan persahabatan yang kekal selamanya.sebab kekadang kita tak tau bila kita perlukan dia dan dia perlukan kita.A simple hello and how are you won't hurt your phone bill.Trust me.

Saturday, April 10, 2010

CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2010

Eeri Jeremiah

Freelance Photographer, 24


ha... korang mampu tercalon dlm catogery mcm nieh?! hanya yg macho, ensem mcm aku je yang mampu... masalahnye, macho, ensem ke aku nieh?! yang ado jerk!!.. hahha ... ade ku kisah?! yang penting... CONFIDENT!!!! betol x?! anyway... aku tetap nak menggedix mcm akak aku, kodokmanja post entry yg dalam MASKULIN, section WANITA PILIHAN. But, for me... i just want to tell uols a lil' bit about me... Hyper-hot Hunks as CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2010... very the verangan entry kali nieh... hahahha...

1) Fave Famous Couple:
Mr & Mrs Smith


2) Favorite Virtue:
Patience, Loyalty, Kind

3) Favorite Motto:
i just witness, captured and illustrate every single moment all around me with my point of view!!!

4) Favorite word:
Okay?!

5) Childhood Ambition:
Pilot

6) Childhood Memory
Falling into the drain in front of my barrack with my younger sister and a bicycle... hahahha


7) Which is scariest?! : empty wallet, receding hairline , or commitment?!
Commitment


8) What makes you cry:
everything that make me in tears


9) What makes you scared:
a small space or area.. coz I'm claustrophobia


10) What did you learn for today
never trust a people just like "L,E,L,A"


11) The last book you read:
Reaching for the Stars



12) What would you be tittle of your autobiography book:
Eeri In The Middle - ironically and literally because i'm in the middle



13) If you a cheated by a girl, do you think you deserve a second chance :
No way man, i don't want banana cook twice... hahahaha..

14) Happiness is:
when you conquer life and myself without thinking whatever people said about me!!!


I have been nominated by all, i impressed you guys and here i am, one of the "most wanted" men in the country, presented over the whole blog. If you like me, don't forget to vote for me!! Can you take the heat?!

Monday, March 29, 2010

Dedebu Cinta - Duet with my Along!!!



nie video kitorg dlm jammed otw balik KL dr KB...
jammed giler!!!!
12jam bru smpi KL...

Wednesday, March 3, 2010

may u Rest In Peace... Koi D'Luca


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

*subuh tdi aku teringat kat arwah mmber aku... Koi... time radio play lagu nieh*


few things about Koi...
  • tak pernah missed utk komen my status kat Facebook...
  • slalu pesan untuk isi minyak kereta b4 a new day began... (he helped me out time my car out of gas at Cheras during midnight.. really appreciate it my friend...)
  • sangat suka Action Figure like Transformers, Batman and others.
  • amat menyukai filem "KAMI" dri Allahyarham Sudirman
  • gemar ber FALSAMPAH... dlm note dia kat Facebook... klu x silap... ade 5FALSAMPAH dia... hehhehe... bila pk2 balik ape yg dia tulis, ada rasionalnya..
  • He cried when M.Nasir sang 'Lagam Pak Dogo' during the AIM recently.and it was only the rehearsal.The melody is so beautiful.No need effects,no need big drum set,no need special edition electric guitar,no need gelek gerudi.Just a simple melody and the lyric is a conversation between Pak Dogo and M.Nasir.Pure melody from the heart.In the end we are back to the roots.
  • slalu ada sja yang bermain difikiran dia and bersoalankan dengan pelbagai soalan... mcm nieh Persoalannya sekarang nih:

    1) Macam mana/kat mana diorang nih beli helikopter ek? aku tak pernah tengok showroom jual helikopter.Pastuh, diorang kene daftar kat agensi mana?JPJ ke?ada roadtax ker?atau airtax?

    2) Kat mana helikopter nih isi minyak ek?ada ke petrol station khas untuk helikopter isi minyak?
  • slalu sms aku pagi2... kejut bangun tdo
  • amat gemar mengusik aku... especially time lepak...
  • telah bercadang untuk bercuti dengan aku kat Lang Tengah Island, Terengganu this coming May 26th... excited smpai ada plan untuk bergambar dlm air bersama... ( i wish u'll be there too)
  • former manager Faizal Tahir... that's him...


p/s: dear koi... aku slalu teringat time2 kita kawan2 dulu2... i still remember, u invite me to Konsert Satu Suara.... unfortunately.. i balik kampung time tuh... anyway... i appreciated that.... owh yea... aku terkilan sebab x dapat lepak ngan koi a day b4 u gone... about Lang Tengah Island trip... hope i can have my own time to think and flash back our memories as a best friend...
sorry sgt klu eeri ade buat koi terasa hati.. atau ape2 je la...
one more things, "Life is short.. have fun!" in your Facebook... really meaningful for me...
Al-Fatihah to you my dearest friend.. Koi D'Luca....



Saturday, January 30, 2010

malam Khamis punya cherita.....

ape kaitan nya pic kat atas nie ngan tajuk post nie erk? ha... nie aku nak bgtau cite yang sgt2 sedih which happen on me last Wednesday night... somewhere in Cheras.... huhuuhuh... mmg sedih sampai aku x leh nak pk ape2 dah time tuh... hahahha.... korang imagine sendiri la... tgh2 jalan yang agak sibuk dgn kete2, bas2, taxi2 ngan kenderaan yang sewaktu dengannya..... kete aku leh mati secara tiba2... lampu fuel x nyala... tapi tiba2 abis minyak... boleh?! chuak aku dgn kete2 yang dok hon2 kete aku.... makin chuak la aku time tuh... x leh nak pikir ape dah... totally BLUR... ape yang aku pk time tuh... aku lock kete aku, pasang double signal and keluarkan airmata... wakakakka.... sume tu sbb aku x leh nak fikir what should i do in that time... dah la aku call mmber aku kat area tu... dia plak leh ckp... WRONG NUMBER... what the fuck is going on?! aku dialled number btol dia... mmg x salah... 0123002159... mmg x salah number... tpi org yg pick-up call tu ckp salah number... pergh... time nie mmg aku rasa mcm nak hempuk je telephone tuh... then time2 emergency nie gak la handset aku nak plak x dek battery .. sampai berbunyik2 la hp aku nieh... nie mmg menambahkan lagik tension aku... dah la minyak x dek, phone plak batery kong, then mmber plak x jwb call @ reply sms aku... makin lebat la hujan aku... huhuhuuh... dlm 1/2 hour gak la aku dok dlm kete tanpa buat ape2... then tergerak hati aku nak minta tolong kat budak burger area tuh.. tanye byk giler nie kat aku.. budget ingat dia nak tlong rr... tapi... hampeh... rasa nak bakar je kedai burger dia time tuh.... huhuuh... then aku terfikir utk tahan taxi yang lalu -lalang kat situ... Suddenly, i got a cab... taxi dive tu baik.. indian... jenis x kisah je... dia yang ajar aku byk klu pasal2 benda nie... aku cite kat dia, yang ku nie 1st time kete jadik mcm nieh... sampai x tau nak buat ape dah... then dia ckp... rilex... you can solve it... x yah risau... that makes me relief a lil' bit......

sampai je kat petrol pump PETRONAS, x ckp byk da aku... aku tanye from A- Z what should i do... driver tu gelakkan aku... siot je... tapi x kisah la... i learned from the best... whitney houston gitew.... dia cakap, carik botol mineral dlm 2-3 botol... then g cuci botol tuh... dengan pantas nya.. aku g kat paip air... then dia jerit kat aku... "Bai, Lu cuci ngan air tarak guna la...nanti lu punya kete rosak la.... mana boley minyak campur ngan air" aku cuma mampu senyum je lepas tuh... dah cakap ngan aku suruh cuci... aku g je la paip air... huhuhuh... rupenye dia suruh cuci ngan petrol sket dulu... nak buang air dlm botol2 tuh... then baru la boleh isikan pertol dlm botol tu balik.... klu campur ngan air... nanti engine leh rosak... owh ok... take note on it...

lepas je dia tolong isi minyak dlm botol mineral tuh, tiba2 je aku disuruhnya mencarik sudu plastik mcm yang kat pic atas nieh.... aku tanye dia lagik time tuh... "Nak wat ape sudu plastik tuh? nak ceduk minyak pakai sudu ke?" then dia cakap... "Aku nak buat magic ngan ko pasal sudu nieh... Ko tgk je nanti...." time nie aku da rasa mcm sesuatu sgt... kejadahnye nak wat magic tme2 aku tgh x leh nak fikir ape2.... Sampai je kat kete aku... dia x ckp banyak dah... ape yang dia ckp "Tengok nieh... aku nak buat magic ngan ko.... tgk yea... jgn kelip mata ko walaupun skali" bukan senang nak ade org tunjuk magic mcm nieh .... jarang2 je" then dia suruh aku bukan tank minyak.... time nie mmg da nak start magic dia... Magic sgt... aku mmg x pernah terfikir ape yang dia nak buat ngan sudu tuh... dia ajar magic tuh "Memula, bukak cap tank minyak, then amik sudu tadik, masukkan dalam lubang minyak tdi (utk tolak another door in that hole) .... after that, tuang minyak yang 2 botol tuh sampai habis.... later on, u pump minyak pakai padel minyak dlm 13times... then baru start yeah.. jgn nak start b4 u pump minyak... nanti x leh start" ok.. got it...


dengar2 je kete aku leh start lepas tuh... aku hanya mampu tersenyum saja... happy sebab kete da boleh start balik... sume nie sebab lampu minyak yang bodoh itew.... then aku bayar la tambang aku nak taxi g isi petrol dlm botol mineral tuh.... aku bagi extra sket duit tambang kat dia.. sbgai tanda pertolongan yang diberikan kat aku... lalu meneruskan ke destinasi umah mmber yang x jawab call aku n reply sms aku tuh... SERANG UMAH DIA!!!! walaupun dia tkut nak bukak pintu time aku g umah dia lepas tuh.... sampai harinie, (30.01.2010- 13.29pm) dia x call2 aku lagik... takut la tuh ngan aku....

Sunday, January 24, 2010

24 Years Old .... aiyak.... 24 huh?!

my besday celebration, kat Flaming Steamboat, Sunway.... hahahha... angah yang nak makan steambot... aku follow jew.... x kisah... janji celebrate gak kan... Aku, Along, Angah, Ezie, Pya ,kak Natrah ngan Kak Iera merangkap Pengantara memarahi dan membebel kat Tokey Kedai Tuh sebab meja yang kitorg booking 3 Hari awal x dek... kene la sembur ngan Kak Iera... Caya lah Kak Iera... Angah yang garang pown terkejut tgk Kak Iera sembur tokey kedai tuh.... hahhahaha...

my siblings....
along, angah, aku, ngan tosya... (my niece...)


along ngan angah.....

angah, pya ngan Ezie (brother in law)

tetap.....
kak natrah (yg tengah ) ngan kak iera...

hahahhaha....
gurls power!!!!
aku je yang x dek dlm nieh...
hahahhaha



p/s: thanx to kak natrah ngan kak irea for the chocolates.... I LOVE IT!!!!

~ Enjoy My Life ~


muka pun da macam x dek idea.... bukan x dek idea... just busy kje je... tu la... nie la... macam2.... serabut kepala otak.... mcm2 masalah... tahun baru... azam baru... mcm2 nak buat utk tahun nieh.... ape yang penting sekarang.... ENJOY MY LIFE!!!! fikir pasal diri sendiri and family dulu, then baru la fikir pasal orang lain.... btol tak?! sendiri x settle... ade hati nak settlekan hal org lain pulak... x ke haru macam tuh... hahahhaha....

Saturday, January 2, 2010

40 Tips for Better Life - 2010

40 Tips for Better Life - 2010


1. Take a 10-30 minute walk every day. And while you walk, smile. It is the ultimate antidepressant.

2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

3. Buy a DVR and tape your late night shows and get more sleep. (jangan berjaga malam.. tidur dgn cukup lah ni!!)

4. When you wake up in the morning complete the following statement, 'My purpose is to __________ today.'

5. Live with the 3 E's — Energy, Enthusiasm, and Empathy.

6. Play more games and read more books than you did in 2009.

7. Make time to practice meditation, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.

8. Spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.

9. Dream more while you are awake.

10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

11. Drink green tea and plenty of water. Eat blueberries, wild Alaskan salmon, broccoli, almonds & walnuts.

12. Try to make at least three people smile each day.

13. Clear clutter from your house, your car, your desk and let new and flowing energy into your life.

14. Don't waste your precious energy on gossip, OR issues of the past, negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

15. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

16. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a college kid with a maxed out charge card.

17. Smile and laugh more. It will keep the nagative blues away.

18. Life isn't fair, but it's still good.

19. Life is too short to waste time hating anyone.

20. Don't take yourself so seriously. No one else does.

21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

22. Make peace with your past so it won't spoil the present.

23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.

24. No one is in charge of your happiness except you.

25. Frame every so-called disaster with these words: 'In five years, will this matter?'

26. Forgive everyone for everything.

27. What other people think of you is none of your business.

28. Remember God heals everything.

29. However good or bad a situation is, it will change.

30. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

31. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

32. Envy is a waste of time. You already have all you need.

33. The best is yet to come.

34. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

35. Do the right thing!

36. Call your family often.

37. Each night before you go to bed complete the following statements: I am thankful for_______. Today I accomplished ____.

38. Remember that you are too blessed to be stressed.

39. Enjoy the ride. Remember this is not Disney World and you certainly don't want a fast pass. You only have one ride through life so make the most of it and enjoy the ride.

40. Laugh when you can, apologize when you should, and let go of what you can't change

LET'S TRY THEM OUT!!! WHO KNOWS.. MAYBE WE'LL HAVE A WONDERFUL LIFE...!!