Friday, July 3, 2009

LELAKI INI.... @ Istana Budaya



Buat 1st time, konsert sulung pertama di Malaysia Anuar Zain telah diadakan selama dua hari berturut-turut 1 & 2July 2009 yang berlangsung di Istana Budaya, panggung bertaraf dunia. Persembahan konsert LELAKI INI yang diiringi Okestra Simfoni Kebangsaan ini memuaskan ramai pihak terutama sekali para peminat kesygn beliau. Pemilihan lagu2 berhantu beliau (ada byk gak yg x nyanyi dr album baru ni...frust aku) dah macam nyanyian karaoke beramai-ramai dr semua penonton yang suppoting malam tuh. Aku sendiri terkumat-kamit sama2 nyanyikan semua lagu2 beliau.


around 845pm... start concert tu... Anuar Zain Kluar ala2 mcm kate winslet ngan Leonardo de Caprio dpn Titanic sambil platform blakang skali tu terangkat.... nampak je Anuar Zain mcm tuh... ramai yg terkesima... hahaha...sume sorak gile... sure best.... tapi... super duper best!!!!



Apa yang penting, seramai 1,300 peminat Anuar (termasuk 9 je dr kitorg) yang membanjiri Panggung Sari IB pada malam itu terhibur dengan pemilihan 19 repertoire lagu popularnya yang memenuhi cita rasa peminat setia yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan seninya, sejak dulu.
Antara lagu yang disampaikan ialah Kaulah Satunya, Sesuci Cintamu, Mungkin, Suria Siarra, Jangan Bersedih Lagi, Bila Resah, Bidadari, Permata, Teman Terulung, Keabadian Cinta dan Kau Bunga Cintaku, Ketulusan Hati, Lelaki Ini dan diakhiri dengan lagu Perpisahan. . Anuar juga mengimbas nostalgia zaman kanak-kanak bersama pasangan duet popularnya, Ellina Razak ketika berusia 13 tahun menerusi lagu Seruling, Kesan Kelukaan dan Kain Pelekat. Lebih menarik, semua berpeluang melihat gambar Anuar dan kakaknya, penyanyi popular Ziana Zain ketika zaman kanak-kanak mereka serta gambar bersama ibu bapa tercinta di skrin layar di pentas.

Tidak ketinggalan, tribute Anuar kepada penyanyi era 80-an seperti Penantian (Allahyarham Zubir Ali), Berdiri Seorang Perindu (Ibnor Riza), Epilog Cinta Dari Bromley (Suhaimi Mior Hassan) dan Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (The Flybaits).


Segmen terakhir Anuar nyanyikan 3 lagu yang paling meletop dewasa ini spt Ketulusan Hati, Lelaki Ini dan finale lagu Perpisahan...Aku rasa bagaikan x puas jer mlm tuh. Anuar!! I need more!!!! Where's my song? HANYA MILIKMU?!!! Pentas yg simple but menarik tp aku x pueh ati ngan sound system yang kureng tp seb baik abang kita ni sore power..tak payah guna mic pun leh dgr satu Panggung Sari. Anyway..syabas buat penyanyi lelaki kesygn aku dan juga kesygn ramai Anuar Zain. We all dahaga lahi konsert2 anda2 masa akan datang... Keep up the good work!!! Love... b4 balik... my sis smpat beli DVD karaoke Anuar zain... time tu plak... aku smpt jumpa mmber aku, Datuk Khairul kat situ.... sja nak tunjuk pic2 dia yg smpt dia captured... siap ngan video tuh... panas btol tgk... ala... dia dok depan skali boleh rr... try klu aku dok atas pentas tu... hahha.... kat luar tu plak, smpt my sis sempat jumpa mmber dia, Kak Intan ngan student Violin dia, Jason... yg main utk Orchestra tu....

nie geng2 my sis... dri ujung tu... Che Pian, my sis, aku n kak mala (ibu mengndung 8 bulan)


kak mala lagi, kak scha, kak mahera.abg Nazim, and ade 2 org lagi x masuk dlm pic nie... which is kak Natrah ngn abg Eddy...


pic atas nie plak... CD karaoke Anuar Zain utk album yg latest dia... poster, leavelet, ngan ticket... my sis yg beli... coz dia mmg gila tahap dewa ngan laki dia yg sorg nie... tahap meroyan jugak la... hahahha...




p/s: Tak sabar2 nak nak start keje Isnin nie hu3x...Kepada readers blog ni, sesungguhnya apa saja catatan kat sini, tidak sama sekali di dorong oleh perasaan riak (kerana ia termasuk dalam kategori syirik kecil, kan?), tapi lebih kepada merapu semata2 kerana sememangnya aku ni 'sengal' orangnya, he3x... (my sis punye foot note) hahahha

2 comments:

ichiban | いちばん said...

wow fanatic nye.. hahaha.. well i dnt think i will attend any of artis concert. hahhhaa

eeri jeremiah ivanovic said...

hahhaha..
such a jerk...
hahha...