Friday, June 26, 2009

Rest In Peace!!!!






Raja Pop Michael Jackson @ Mikhael meninggal dunia jam 2.26 petang semalam selepas diserang sakit jantung. Dia hanya berusia 50 tahun.Jackson meninggalkan tiga orang anak, Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince Michael Jackson II. Tengah hari semalam Jackson telah dibawa ke hospital selepas pengsan dirumahnya kira-kira jam 12 tengah hari. Dia koma dan meninggal sejurus selepas dikejarkan ke UCLA Medical Centre.

a few reaction from malaysia artist that i got...
x-clusive kat blog i yea...
diorg sendiri sms kat i...
kuikuikui

Hunny Madu
Kami bergantung pada perubahan muzik yang direvolusikan oleh pengorak langkah yang bernama Michael Jackson. Meskipun beberapa tahun lalu MJ dihujani dengan pelbagai paparan negatif di dalam media, namun legasinya akan berterusan.

Dayang Nurfaizah
A sad moment for the music industry as we have lost one of the world’s musical genius and legends.

Qushairi Razali (Qi)
This is terribly sad news. I grew up listening and dancing to his songs … even picked up the Thriller moves from him. But me being me, believer of conspiracies, I think this is his way of quiet retirement

Noryn Aziz
Saya menerima SMS dari Steve Thornton pagi tadi. Katanya, ‘Michael Jackson has died’. I was shocked. Kematiannya satu kehilangan besar kepada industri muzik sedunia. Banyak yang telah disumbangkannya kepada industri muzik, revolusi yang telah dilakukannya.Anda mungkin bukan seorang die-hard fan tetapi anda pasti menyukai lagu-lagunya, gayanya. Walaupun dia sudah lama menyepi, namun dia tidak pernah dilupai. Kini dengan pemergiannya, dia akan dikenang semua.



Aktres yang terkenal menerusi siri Charlie's Angels, Farrah Fawcett meninggal dunia pada usia 62 tahun kerana barah, semalam, kata jurucakapnya. Beliau mulanya dikesan menghidap barah dubur lewat 2006. Majalah People melaporkan aktres itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Kesihatan St John’s, Santa Monica, California pada 9.28 pagi waktu tempatan. Beliau adalah kekasih pelakon yang terkenal menerusi filem Love Story, Ryan O'Neal. Fawcett baru-baru ini kembali menjalani rawatan di pusat kesihatan itu selepas barahnya kembali menyerang. Fawcett meninggalkan seorang anak lelaki, Redmond, 24, yang ketika ini menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah. Anak lelakinya sempat bercakap dengan Fawcett di telefon sebelum ibunya meninggal


p/s: tetibe teringat kat Micheal Jackson dalam Malaysia Idol dulu... mungkin dia bleh ganti the Ori Jacko?! hikhihkik... yg mana rasa nak jadik Charlie's Angle tu... da dae satu tempat kosong tu... hikhihkik

2 comments:

ichiban | いちばん said...

i wonder anak2 die convert to islam ke x??? huhuhu n nama anak2 die.. perghhh.. glamour habis.. haha

eeri jeremiah ivanovic said...

kan...
curious gak...
even his funeral skali....